Page 10 - E-Folio Komunikai dan penyiaran islam
P. 10
4.3 Faktor-Faktor berhijab dianggap sebagai berfesyen dan bukan kerana tuntutan agama
i. Kurangnya Ilmu dan Didikan Agama yang Betul dalam Diri
Hal ini disebabkan oleh segelintir masyarakat yang kurang memahami erti konsep pemakaian
tudung yang sebenar. Bahkan, masih ada diantara mereka berpegang dengan konsep menutup
kepala semata-mata dan bukan berlandaskan syariat Islam yang sebenar. Sehinggakan pada
masa kini kita dapati masih ramai wanita yang tidak menutup aurat dengan sempurna.
Menutup aurat bukan sekadar meletakkan kain di atas kepala tetapi fungsi utama tudung
adalah untuk memelihara kecantikan diri daripada diperagakan kepada orang ramai.
Kadangkala wanita memakai tudung tetapi pakaian yang dipakai mengikut potongan tubuh
badan. Ada juga wanita memakai tudung tetapi masih menampakkan rambut dan dada. Tidak
kurang juga yang memakai tudung beraneka fesyen yang sebahagiannya tidak menepati
kehendak Islam.
ii. Pengaruh fesyen dipakai oleh artis-artis atau para personaliti
Bertudung menurut Islam adalah terdiri daripada semua jenis material yang menutup aurat
iaitu tidak jarang atau nipis. Walaupun ia didatangkan dengan jenis rekaan, bentuk mahupun
saiz asalkan ia memenuhi syarat penutupan aurat yang sebenar. Tercetusnya fenomena di
dalam fesyen pemakaian tudung ini adalah kerana terikut-ikut gaya atau trend bertudung para
artis. Kebanyakan remaja sekarang menjadikan para artis atau personaliti sebagai role-model
(idola) dalam segala aktiviti harian mereka termasuklah gaya penampilan atau fesyen di
dalam pemakaian tudung kini. Hal ini, sedikit sebanyak mendorong kepada timbulnya
pelbagai jenis gaya pemakaian tudung yang tidak mengikuti syarak islam seperti
menampakkan perhiasan dada, tudung terlalu pendek serta tudung yang menampakkan
rambut dan telinga .
iii. Syarat-syarat dan peraturan yang telah ditetapkan di tempat kerja atau sekolah
Hal ini kebanyakan berlaku dalam kalangan wanita yang bekerjaya, polisi tempat kerja yang
mensyaratkan mereka memakai tudung singkat atau memasukkan tudung ke dalam baju
sebagai contoh untuk tujuan keselamatan, misalnya ingin memasuki makmal, tudung perlu
dimasuki ke dalam coat bagi mengelak dari disambar api, bahan kimia dan sebagainya. Di
sekolah pula, atas faktor keperluan akademik, pelajar menggayakan tudung seperti ini dengan
alasan kekemasan seperti yang dapat dilihat pada badan-badan uniform seperti Pasukan Pandu
Puteri , Kadet Polis, Kadet Remaja Sekolah dan lain-lain lagi.
iv. Keluarga khusunya Suami atau Bapa Tidak Bertegas kepada Isteri atau Anak
Perempuan
Berdasarkan kepada tanggungjawab dan peranan suami jelas bahawa suami adalah
pengemudi bahtera rumahtangga terutamanya dalam mendidik keluarga. Suami wajib
menasihati isterinya anak perempuannya dengan penuh bijaksana dan berhemah supaya isteri
dan anaknya boleh menerima perintah menutup aurat dengan rela hati tunduk dan patuh pada
perintah Allah. Rasulullah SAW ada berpesan agar setiap wanita itu dididik dan ditegur
dengan penuh kelembutan dan berdedikasi. Nabi SAW mengingatkan kita agar mereka tidak
dibiarkan dengan kesilapan dan keingkaran kerana yang demikian akan membawa padah pada
si-isteri. Tapi ada segelintir ketua keluarga atau suami yang takut untuk menegur isterinya
malahan menyokong cara mereka berpakaian dan berfesyen walaupun mengetahui bahawa
ianya tidak mengikut shariah yang ditetapkan oleh agama islam.