Page 9 - E-Folio Komunikai dan penyiaran islam
P. 9
3. Tidak mengikut cara pemakaian orang kafir
Umat Islam diharamkan dari mengikuti cara orang kafir, tetapi kemunculan kebanyakan fesyen hari
ini menjurus ke arah tersebut. Contohnya, sanggul bonggol unta, pusingan tudung yang menyerupai
kaum jahiliyah dan lain-lain. Perkara ini dilarang tegas oleh Rasulullah SAW.
Maksudnya: “Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni neraka yang belum lagi aku melihat
mereka. Pertama, golongan (penguasa) yang mempunyai cemeti-cemeti bagaikan ekor lembu yang
digunakan untuk memukul orang. Kedua, perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang,
berlenggang lenggok waktu berjalan, menghayun-hayunkan bahu. Kepala mereka (sanggul di atas
kepala mereka) bagaikan bonggol (goh) unta yang senget. Kedua-dua golongan ini tidak akan masuk
syurga dan tidak akan dapat mencium bau wanginya. Sesungguhnya bau wangi syurga itu sudah
tercium dari perjalanan yang sangat jauh daripadanya ” ( Riwayat Muslim, no. 2128)
4. Tidak tabarruj ( hiasan yang berlebihan hingga menarik perhatian seseorang)
Tujuan bertudung adalah untuk menjaga dan melindungi kaum wanita. Tudung bukannya hiasan
tambahan untuk menarik perhatian dan menambah fitnah manusia. Tudung yang ditambah dengan
pelbagai aksesori seperti manik-manik, berlian, bunga dan lain-lain sehingga orang ramai tertumpu
kepada kecantikannya akan menenggelamkan tujaun asal disyariatkan bertudung iaitu mengelak
daripada fitnah. Hukum tabarruj adalah berdosa kerana boleh membawa kepada zina dan masalah
sosial yang lain.Perkara ini dilarang oleh Islam dalam menjaga kemaslahatan manusia.
5. Pakaian hendaklah selari dengan imej bertudung
Salah faham tentang pemakaian tudung juga menyebabkan ramai orang yang hanya bertudung tetapi
aurat yang lain didedahkan. Perlu diperbetulkan di sini bahawa bertudung merupakan salah satu
kewajipan untuk menutup sebahagian aurat iaitu rambut, bahagian dada dan leher. Manakala, aurat
wanita yang lain seperti betis, badan, dan lengan juga perlu dilindungi daripada terdedah. Bukan
dikatakan seseorang itu sudah menutup aurat jika dia hanya memakai tudung, tetapi pakaiannya ketat,
seluarnya ketat dan skirtnya pendek. Ini kerana, tujuan asal menutup aurat itu sendiri adalah
melindungi wanita, jika bertudung hanya kerana untuk dikatakan cantik dan baik tetapi aurat lainnya
dibuka maka tujuan asalnya tidak akan sampai. Wanita yang betul-betul faham mengenai tujuan
menutup aurat bukan sahaja akan mendapat perlindungan daripada Allah SWT, mereka juga akan
dikenali di dunia sebagai perempuan yang baik-baik seperti mana dalam firman Allah SWT iaitu;
Maksudnya: “Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-
perempuan Yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa
mereka keluar); cara Yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan Yang
baik-baik) maka Dengan itu mereka tidak diganggu. dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun,
lagi Maha Mengasihani.” (al-Ahzab, 33: 59)
Tidak salah juga jika kaum wanita mahu kelihatan cantik dan bergaya, asalkan kecenderungan
tersebut tidak melampaui batas dan peraturan yang perlu dipatuhi oleh seseorang yang bergelar
Muslimah. Berfesyen juga dibenarkan jika ia kena pada keadaan dan tempatnya. Bertudung mengikut
panduan-panduan yang telah digariskan akan memberikan ketenangan dan keselamatan kepada si
pemakai. Ini kerana, pensyariatan bertudung mempunyai kelebihan yang tidak terhingga kepada
sesiapa yang mengetahuinya. Jangan kerana terlalu mengejar kecantikan dan fesyen, sehingga agama
diketepikan.