Page 4 - E-Folio Komunikai dan penyiaran islam
P. 4
Berdasarkan ayat ini, Allah SWT mewajibkan setiap hamba-Nya menjaga diri serta seisi keluarganya
supaya tidak melanggar perintah Allah SWT dan tidak tergelincir daripada batasan sempadan antara
kebaikan dan kejahatan. Oleh itu, umat Islam diseru supaya tidak terjebak dalam perkara mungkar
yang akhirnya membinasakan diri sendiri.
Firman Allah SWT dalam Surah al-Isra’, ayat 7.
˴
⺁
⺁
˴
嵰
⺁
⺁
˴
⺁
˴
⺁
⺁
⺁
⺁
˴
˴
⺁
˴
௲ 䁛 ꀀ ˴ ௲ Γ嵰 y௲ 䇅 ϩ Ω ௲ ⺁䇅˴ 䕴 ௲ ௲ ˴Γ ˴ ௲ 䕴 ⺁䇅 ⺁ 䇅 ⺁䇅Ϭ௲ ⺁䇅˴ ϗ ⺁䇅ꀀ 䇅 䇅 ⺁䇅ꀀ 䇅 䇅 ⺁䇅Ϭ ˴
˴
. 䁛⺁ꀀ
Ϯ
⺁
“Jika kamu berbuat kebaikan, (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu,
dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesan buruknya) berbalik kepada diri kamu juga.”
嵰
˴
Ϯ
˴
⺁
˴䁛 ⺁ 嵰 ⺁ ⺁ ˵ 䇅 ⺁ ˴௲ ྋ ˴˱ ⺁Ϧ ௲ ⺁䇅 ⺁ 䇅 ⺁Ϧ Γ ⺁⺁ 䇅 䇅 ˴ ⺁䇅䇅 ⺁ 䇅 䇅 ⺁ ˴௲ ྋ Ϩ Ϭ Δ ˴ ௲ Ϧ 䇅 ௲
˴
˴
⺁
嵰
Ϯ
˴
⺁
˴
˴
“Dan tidaklah wajar bagi orang-orang yang beriman di antara lelaki dan perempuan, apabila Allah dan
Rasul-Nya menetapkan keputusan (peraturan) mengenai sesuatu perkara – (mereka tidak) mempunyai
hak untuk memilih untuk membuat ketetapan (berdasarkan keputusan mereka sendiri) mengenai
urusan mereka; dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya
ia sesat dengan kesesatan yang nyata.”
Sebagai hamba Allah SWT yang lemah dan pastinya tidak mampu menahan azab seksaan-Nya yang
amat pedih, maka sewajarnya kita memandang berat isu pendedahan aurat dan memastikan kita serta
ahli keluarga sentiasa mematuhi etika pemakaian yang digariskan oleh syarak. Marilah kita
meneguhkan rasa takut pada azab Allah SWT kerana semua amalan yang kita lakukan akan dihitung
di akhirat walaupun saiznya sebesar zarah. Oleh itu, Islam tidak menghalang umatnya untuk berfesyen
sesuai dengan gaya hidup masa kini, namun ia hendaklah mematuhi kehendak syarak yang bertujuan
menjaga kemuliaan manusia, khususnya dalam kalangan wanita.
2.0 Objektif Penulisan
Objektif utama penulisan ini untuk membincangkan secara jelas dan nyata tentang amalan wanita
sekarang yang berhijab untuk berfesyen dan bukanlah disebabkan tuntutan agama semata-mata. Selain
membincangkan adab-adab betul yang sepatutnya dipratikkan dalam berfesyen mengikut landasan
Islam dan bukannya mengikut fesyen barat yang menyesatkan dan ditegah oleh islam sama sekali.
Seterusnya objektif yang perlihatkan ialah menambah kefahaman kepada umum khususnya kepada
wanita dengan lebih terperinci mengenai konsep sahih dalam menutup aurat bagi wanita islam.
Apabila kita memahami tentang konsep asas tersebut, jadi kita dapat mengetahui kewajipan serta
dapat menjaga adab-adab berhijab dengan betul dan bukanlah hanya untuk berfesyen semata-mata.
Objektif terakhir ialah memperbetulkan niat segelintir wanita yang menganggap berhijab sebagai
berfesyen yang jelas-jelas tidak mendatangkan manfaah kepada mereka tetapi apabila niat mereka
ikhlas berhijab kerana Allah di atas tuntutan agama, secara automatik ia dianggap sebagai ibadah dan
mendapat ganjaran pahala yang setimpal dengan perjuangan mereka dalam menjaga maruah islam. Di
samping dapat memperlihatkan kepada orang islam serta bukan islam bahawasanya kewajipan
berhijab dengan sempurna atas tuntutan islam bukanlah satu bebanan tetapi terdapat banyak hikmah di
sebaliknya. Contohnya menghindarkan daripada zina, menghilangkan prasangka buruk kepada wanita,
melindungi maruah wanita serta banyak lagi.