Page 64 - MODUL BLESS KEHAMILAN
P. 64

Penyediaan dan Penyimpanan Makanan Secara Selamat






          Mengetahui cara penyediaan                 Objektif                                 Mengetahui cara
          makanan dengan mengamalkan                                                          penyimpanan
          5 panduan makanan sihat                                                             makanan basah
          dan 7 langkah selamat basuh                                                         dan kering yang
          tangan.                                                                                      selamat.



      Pengenalan


            Makanan yang selamat ialah makanan yang bebas dari
       pencemaran.  Penyediaan dan  penyimpanan  makanan  yang
        selamat adalah penting untuk mencegah keracunan makanan.


                                             Penyediaan makanan



             Langkah-langkah asas bagi memastikan penyediaan makanan yang
             selamat:



          Basuh tangan dengan betul, iaitu dengan mengamalkan 7 langkah
          membasuh tangan. Pastikan membasuh tangan setiap kali selepas
          keluar dari tandas, selepas menyentuh makanan mentah seperti
          daging atau ayam serta selepas membuang sampah ke dalam
          tong sampah.



          Pastikan ruang dan peralatan untuk memasak seperti pisau dan
          papan pemotong adalah bersih. Papan pemotong dan kain pengelap
          yang kotor juga boleh menyebarkan bakteria kepada makanan.
          Gunakan papan pemotong yang berasingan untuk memotong
          daging dan sayur-sayuran atau buah-buahan. Pastikan kain pengelap
          yang bersih digunakan secara berasingan untuk mengelap meja
          dan pinggan mangkuk.



          Basuh sayur-sayuran di bawah air yang mengalir untuk membuang
          segala kekotoran seperti pasir terlebih dahulu sebelum dimasak.
          Bersihkan daging, ayam atau ikan dengan betul. Potong makanan
          kepada saiz yang kecil untuk memudahkan penyebaran haba
          ke semua bahagian makanan.




          Makanan yang telah dimasak dan tidak dimakan terus perlu disimpan
          ke dalam peti sejuk dalam tempoh tidak melebihi 2 jam selepas
          dimasak. Pastikan suhu peti sejuk adalah di antara 0°C hingga
          4°C. Jangan simpan makanan yang telah dimasak lebih daripada
          3-4 hari di dalam peti sejuk. Jika memanaskan semula makanan
          tersebut panaskan sehingga mendidih. Jangan panaskan semula
          makanan lebih daripada satu kali.

                                                                                                                    60
   59   60   61   62   63   64   65   66   67   68   69