Page 60 - MODUL BLESS KEHAMILAN
P. 60
TOPIK 5: KESELAMATAN DAN
KEBERSIHAN MAKANAN
Pemilihan Makanan di Luar Semasa Hamil
Objektif
Mengetahui punca dan Mengetahui tanda, gejala Mengamalkan tip-tip pemilihan
jenis penyakit bawaan air dan implikasi penyakit makanan yang selamat di gerai
dan makanan. bawaan air dan makanan. atau kedai makan.
Mengapakah kebersihan dan keselamatan makanan penting
sewaktu kehamilan?
Sewaktu kehamilan, sistem imun wanita hamil tidak
berfungsi dengan baik seperti biasa, jadi mereka
lebih mudah untuk dijangkiti kuman-kuman yang
menyebabkan penyakit bawaan air dan makanan.
Punca dan jenis penyakit bawaan air
dan makanan:
Penyediaan makanan dengan cara yang tidak selamat dan
tidak berkualiti menyebabkan makanan yang dihasilkan tidak
selamat yang boleh mengundang penyakit yang berpunca
daripada bawaan air dan makanan, antaranya seperti:
Keracunan
Demam Kepialu Taun Disenteri Hepatitis A Makanan
(Typhoid) (Cholera) (Dysentry) (Food poisoning)
56