Page 63 - MODUL BLESS KEHAMILAN
P. 63
Tip-tip penting:
Pilih makanan yang dimasak panas, dan tidak mentah seperti kuey
teow goreng atau mi goreng yang disediakan hanya selepas diberi
pesanan.
Elakkan hidangan yang mempunyai ramuan mentah. Buah dan sayur
mentah sering menyebabkan keracunan makanan dan jangkitan
bawaan air, seperti hepatitis dan tifoid.
Elakkan makanan yang bersos atau bahan perasa yang dibiarkan
di luar peti ais sepanjang hari.
Berhati-hati dengan minuman ais yang dijual oleh penjaja di tepi jalan.
Risiko pencemaran ais yang digunakan untuk menyejukkan minuman serta
alat/ mesin untuk penyediaan minuman yang mungkin merupakan
sumber jangkitan.
Mesej utama Memilih makanan yang selamat penting untuk mengelakkan keracunan
makanan.
Punca wanita hamil mudah terkena serangan kuman penyakit bawaan
Soalan kuiz air dan makanan adalah disebabkan sistem imuniti badan yang lemah
semasa hamil. Benar atau tidak?
1. Taylor, M., & Galanis, E. (2010). Food safety during pregnancy. Canadian
Family Physician, 56(8), 750-751.
2. Tam, C., Erebara, A., & Einarson, A. (2010). Food-borne illnesses during
Rujukan pregnancy: prevention and treatment. Canadian Family Physician, 56(4),
341-343.
3. https://www.moh.gov.my/moh/resources/Penerbitan/Garis%20Pan-
duan/Pengurusan%20KEsihatan%20&%20kawalan%20pykit/Garis_P
anduan_Pengurusan_Kes_Wabak_Tifoid.pdf
4. https://www.infosihat.gov.my/index.php/multimedia/garis-pan-
duan/item/demam-kepialu-3
5. https://www.infosihat.gov.my/multimedia/video/item/taun.html
6. http://www.myhealth.gov.my/memilih-makanan-yang-selamat/
59