Page 55 - MODUL BLESS KEHAMILAN
P. 55
Langkah-langkah yang boleh dilakukan sekiranya
mengidam sesuatu jenis makanan
Makan makanan yang seimbang dan pilih
makanan yang kurang lemak serta tinggi
serat seperti produk bijirin penuh, buah-buahan
dan sayur-sayuran serta kekacang.
Makan secara kerap dan boleh makan enam
kali dalam sehari dengan jumlah yang sedikit
tetapi mengenyangkan.
Alihkan perhatian dengan keluar berjalan,
bersembang, membaca atau mengurangkan
kekerapan ke dapur.
Beri tumpuan kepada makanan yang rendah kandungan kalori.
Sekiranya ingin makan ais krim, pilih ais krim
yang diperbuat daripada yogurt rendah
lemak yang disejuk beku atau sorbet.
Sekiranya mengidam untuk makan kerepek
kentang (bergoreng), pilih yang dibakar atau
dipanggang dan kurang kandungan garam.
Tip: Walau apa pun makanan yang diinginkan atau mengidam, yang penting ia diambil
secara sederhana.
51