Page 52 - MODUL BLESS KEHAMILAN
P. 52
Cara menguruskan tekanan
Menjaga waktu tidur dan rehat dengan baik.
Ibu digalakkan untuk belajar tip-tip untuk mendapatkan tidur
yang berkualiti.
Mengamalkan diet yang sihat dan seimbang.
Elakkan makan makanan yang tidak berzat atau rapu.
Wanita perlu belajar mengenal pasti makanan yang bagaimana
yang boleh menyebabkan mereka merasa tidak selesa, loya
dan muntah-muntah.
Banyakkan sayur dan buah-buahan dalam diet bagi membantu
sistem penghadaman.
Mengenal pasti aktiviti yang boleh menenangkan
perasaan dan memperbaiki emosi.
Ibu boleh cuba meluangkan masa sekurang-kurangnya seminggu
sekali untuk aktiviti tersebut bagi membolehkan ibu merasa
lebih tenang, santai dan gembira.
Lakukan senaman secara berkala kerana mengandung bukanlah
halangan untuk ibu hamil melakukan senaman yang boleh
menyihatkan badan.
Sentiasa berbincang berkenaan masalah dengan orang di sekeliling.
Elakkan merokok ataupun berada dekat dengan orang yang
sedang menghisap rokok.
48