Page 51 - MODUL BLESS KEHAMILAN
P. 51

TOPIK 4: GAYA HIDUP SIHAT



                                   Kesihatan Emosi dan Mental






                                                    Objektif




                                 Mengetahui kesan
                                     tekanan dan                                             Mengetahui apa
                                     kemurungan                                               itu mengidam.
                                 terhadap kehamilan.



     Punca perubahan emosi ibu mengandung




          Ibu hamil mungkin berdepan ketidakselesaan semasa tempoh kehamilan
          seperti morning sickness, keletihan, sembelit, atau sakit belakang.



          Perubahan hormon mengakibatkan perubahan emosi (mood swings).
          Perubahan emosi akan menjadikan tekanan lebih sukar diatasi.


          Kerisauan untuk menghadapi proses semasa dan selepas kelahiran
          bayi.


          Kebimbangan untuk menguruskan tugasan kerja dan persiapan untuk
          mengambil cuti bersalin bagi ibu yang bekerja.

          Kerisauan melampau tentang makanan dan minuman yang boleh
          diambil semasa kehamilan (pantang larang kehamilan).


     Kesan tekanan terhadap kehamilan

     Tahap tekanan yang tinggi dan tidak diuruskan dengan baik serta berterusan
     untuk jangka masa panjang boleh menjejaskan kesihatan ibu dan bayi dalam
     kandungan. Antara masalah yang boleh dialami disebabkan tekanan yang
     tidak diuruskan dengan baik adalah seperti:









                 Insomnia                        Masalah pemakanan                    Tekanan darah tinggi











          Kesihatan bayi dalam                  Sistem imuniti terjejas                    Kemurungan
           kandungan terjejas
                                                                                                                    47
   46   47   48   49   50   51   52   53   54   55   56