Page 53 - MODUL BLESS KEHAMILAN
P. 53

Mengidam semasa hamil


      Mengidam merujuk kepada keinginan yang tinggi terhadap
      sesuatu jenis makanan yang dirasai ketika mengandung.
      Mengidam dialami mengikut waktu atau dalam tempoh
      kehamilan yang berbeza bagi setiap wanita. Namun
         begitu, tidak semua wanita hamil mengidam semasa
                                mengandung.


        Penyebab kepada mengidam semasa hamil


      Terdapat pelbagai faktor yang dikaitkan sebagai
      punca berlakunya mengidam. Antara justifikasi
      kepada mengidam sewaktu hamil adalah:





          Peningkatan keperluan kalori serta zat makanan (nutrien) semasa
          kehamilan dan keperluan untuk pertumbuhan.



          Terdapat sesetengah kajian yang menyatakan perubahan hormon
          semasa mengandung turut memberi kesan kepada deria bau [8]. Ini
          secara tidak langsung memberi kesan dalam pemilihan dan pengambilan
          makanan.



          Tindak balas badan untuk memenuhi keperluan vitamin dan mineral
          yang tidak terdapat dalam makanan yang diambil seperti kekurangan
          sesetengah jenis mikronutrien zat besi, zink atau kalsium.


          Mengidam bahan bukan makanan atau pica dikaitkan dengan gangguan
          emosi dan kesihatan mental ibu hamil [10].








































                                                                                                                    49
   48   49   50   51   52   53   54   55   56   57   58