Page 4 - Modul Mata Pelajaran Sejarah Menengah Rendah Berasaskan Pendekatan Mudah Alih
P. 4
P R A K A T A
Penulis merakamkan setinggi penghargaan kepada mereka yang terlibat secara
langsung atau secara tidak langsung dalam mereka bentuk Modul Pembelajaran Sejarah
Berasaskan Pembelajaran Mudah Alih ini. Terima kasih yang tidak terhingga kepada
isteri; Nurdiyana Izzati Mohd Zain, penyelia dan juga penyunting modul; Dr Mariam
Mohamad, pakar-pakar teknologi pengajaran, pakar pedagogi kandungan Sejarah dan
guru-guru Sejarah yang terlibat. Ucapan terima kasih ini juga kepada Pusat Teknologi
Pengajaran Multimedia atas sokongan dan sumbangan secara tidak langsung dalam
proses reka bentuk modul ini.
M E N G E N A I M O D U L P E M B E L A J A R A N S E J A RA H B E R A S A S
K A N P E M B E L A J A R A N M U D A H A L I H
Modul ini adalah bacaan yang boleh dijadikan sebagai rujukan kepada guru-guru yang mengajar
subjek Sejarah, pelajar yang mengambil jurusan pendidikan yang perlu menjalani latihan
praktikal dan juga pihak berkepentingan dalam memberi pendedahan mengenai integrasi
pengetahuan teknologi dan pedagogi dalam pengajaran. Melalui modul ini ia secara tidak
langsung dapat membantu pembaca dalam menyampaikan kandungan pengajaran Sejarah
secara efektif apabila menggunakan pembelajaran berasaskan mudah alih di bilik darjah.
Penulis merupakan seorang guru yang mengajar subjek Sejarah peringkat menengah
rendah. Sepanjang mengajar subjek Sejarah, penulis mendapati bahawa penyampaian kandungan
Sejarah melalui sokongan pembelajaran mudah alih dapat membantu proses pengajaran dan
pembelajaran lebih bemakna. Murid pada hari ini merupakan generasi Z yang mana mereka telah
didedahkan dengan teknologi mudah alih sejak daripada peringkat awal lagi.
Modul ini adalah berdasarkan daripada proses penyelidikan bersama pakar-pakar
dan guru Sejarah yang terlibat merangkumi guru cemerlang, Jurulatih Utama (JU) serta
guru panitia. Pengalaman, pandangan pakar dalam bidang penyelidikan dan bidang
pendidikan diambil kira malah diiktiraf sebagai pakar dalam bidang mereka. Dalam modul
ini, subjek Sejarah Tingkatan 1 telah diambil dengan memilih tema yang kritikal iaitu Tema
4 mengenai “Sejarah Dunia dan Kita” bagi memudahkan guru menyampaikan kandungan
bab tersebut. Pemilihan ini dibuat berdasarkan daripada hasil kajian awal yang dijalankan
ke atas guru Sejarah menengah rendah. Justeru, melalui modul ini diharapkan ia secara
tidak langsung akan membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi disamping
memberi pendedahan kepada pembaca bagaimana kandungan Sejarah boleh
disampaikan melalui pembelajaran mudah alih dalam subjek ini.
1