Page 6 - Modul Mata Pelajaran Sejarah Menengah Rendah Berasaskan Pendekatan Mudah Alih
P. 6
Model TPACK dan komponennya (Koehler & Mishra, 2013)
Di dalam modul ini komponen TPACK yang diambil kira merangkumi tiga komponen
memandangkan pengetahuan teknologi (Technological Knowledge-TK), pengetahuan pedagogi
(Pedagogical Knowledge-PK) dan pengetahuan kandungan adalah (Content Knowledge-CK)
adalah pengetahuan asas yang telah ada bagi seseorang guru.
2 . 2 A D A P T A S I T P A C K U N T U K P E N G A J A R A N S U B J E K S E J A R A H
Pengajaran yang berkesan memerlukan guru Sejarah mahir dalam segenap aspek
kemahiran dan pengetahuan. Penggunaan TPACK dalam pengajaran Sejarah mampu
membuka paradigma baru kepada guru Sejarah untuk membuat perancangan
pengajaran terhadap sesuatu topik malah pada masa yang sama dapat menyokong
pengajaran menggunakan teknologi dalam subjek berkenaan. Kunci kepada modul ini
adalah melalui komponen pengetahuan TPACK dalam modul ini merangkumi 3
komponen pengetahuan iaitu Pengetahuan Pedagogi Teknologi (Technological
Pedagogical Knowledge - TPK), Pengetahuan Kandungan Teknologi (Technological
Content Knowledge - TCK) dan Pengetahuan Kandungan Pedagogi (Pedagogical Content
Knowledge - PCK). Melalui ketiga-tiga komponen ini, guru dapat membuat pelaksanaan
aktiviti pengajaran yang sesuai bagi pembelajaran berasaskan mudah alih. Penerangan
ketiga-tiga komponen yang dipilih ini adalah seperti di jadual berikut.
3