Page 9 - Modul Mata Pelajaran Sejarah Menengah Rendah Berasaskan Pendekatan Mudah Alih
P. 9

Murid  berkebolehan  kinestetik  cenderung  untuk  merasai
                                     pengalaman melalui aspek pergerakan fizikal semasa belajar
                                     seperti  membuat  persembahan  dan  mengerakkan  sesuatu.
                                     Mereka gemar memilih aktiviti yang praktikal, hands-on, dan
                                     pengalaman  sebenar.

        Kinestetic (K)



         3. 0 P E M I L I H A N   T E K N O L O G I  M U D A H  A L I H  B A G I   M E N Y O K O N G
              P E M B E L A J A R A N   M U D A H   A L I H


          Bagi  menjadikan  penyampaian  kandungan  pengajaran  Sejarah  menjadi  lebih
          bermakna  dan  dapat  diterima  oleh  murid,  penentuan  teknologi  mudah  alih
          memainkan  peranan  bagi  menyokong  pengajaran  guru.  Hal  ini  termasuklah  dalam

          menentukan  apakah  aplikasi  mudah  alih  dan  peranti  mudah  alih  yang  sesuai  bagi
          tujuan membantu menyokong proses pembelajaran. Dalam modul ini, penulis turut
          memberikan  cadangan  aplikasi  dan  peranti  mudah  alih  yang  boleh  diimplementasi
          bagi  tujuan  membantu  pengajaran  guru.  Keupayaan  dan  kecekapan  guru  dalam
          menggunakan sumber digital sejarah dalam pengajaran dan pembelajaran sekaligus
          dapat  menyediakan  persekitaran  pengajaran  dan  pembelajaran  yang  memberi
          peluang  dan ruang kepada pelajar  untuk meneroka, mentafsir,  dan mencari makna
          di sebalik bahan bukti Sejarah (Endacott,  2010).


                                   3 . 1 C A D A N G A N   P E R A N T I   M U D A H   A L I H


                                   Pembelajaran  mudah  alih  memfokuskan  kepada  keupayaan  amalan
                                   pembelajaran  dan  interaksi  antara  pelajar             serta    kandungan
                                   pembelajaran  jika  dibandingkan  dengan  pembelajaran  menggunakan
                                   desktop. Cadangan peranti mudah alih yang terdapat dalam modul ini
                                   adalah peranti sedia ada dan dimiliki oleh guru ataupun murid. Hal ini
                                   bertujuan     untuk    membantu        meningkatkan      akses     pengajaran
                                   menggunakan teknologi mudah alih supaya tidak membebankan guru.
                                   Antaranya  peranti  mudah  alih  yang  dicadangkan  adalah  seperti

                                   berikut:











        C H R O ME B O O K               L A P T O P             IP A D / T A B L E T       T E L E F O N  P INT A R




                                                          6
   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14