Page 13 - Modul Mata Pelajaran Sejarah Menengah Rendah Berasaskan Pendekatan Mudah Alih
P. 13

Pengetahuan Teknologi
                                                      Pedagogi

                                      Kesesuaian aplikasi dan peranti mudah alih
                                      digunakan dan dihubungkan dengan pedagogi

                                  Peranti : Chromebook, laptop, iPad/ Tablet dan telefon pintar

                                  Aplikasi : Google Classroom, Youtube M, Kahoot, Prezi, Padlet







                                                          Modul
                                                      Pembelajaran
                                                         Sejarah
                                                        Menengah
                                                         Rendah
                                                       Berasaskan
                  Pengetahuan Teknologi                  Mudah             Pengetahuan Pedagogi
                                                           Alih                  Kandungan
                        Kandungan
                                                                         Penerapan teori pembelajaran
                   Penggunaan Tema 4 (Sejarah dan Kita)                  (Konstruktivisme dan Teori
                   dan subtopik subjek Sejarah Tingkatan                 Pembelajaran Berasaskan Situasi)
                   1 bagi menghubungkan dengan
                   pembelajaran mudah alih.                              Model Gaya Pembelajaran VARK
                                                                         dalam setiap aktiviti pengajaran.







         5. 0 P E L A K S A N A A N          A K T I V I T I  P E N G A J A R A N  B E R A S A S K A N
              P E M B E L A J A R A N     M U D A H    A L I H     D I J A L A N K A N


        Disamping  itu,  modul  ini  juga  turut  menyediakan  contoh  pelaksanaan  aktiviti-aktiviti  pengajaran
        mata  pelajaran  Sejarah  berasaskan  pembelajaran  mudah  alih  yang  boleh  digunakan.  Pelaksanaan
        contoh  aktiviti  pengajaran  ini  adalah  dengan  mengambil  kira  komponen-komponen  pengetahuan
        model  TPACK  yang  telah  dihubungkan  untuk  subjek  ini.  Memandangkan  contoh  aktiviti-aktiviti
        yang  disediakan  dalam  modul  ini  melibatkan  integrasi  peranti  teknologi  mudah  alih  dalam
        pengajaran, guru perlu melaksanakan aktiviti secara berkumpulan dan menjadi fasilitator sewaktu
        pengajaran  berlaku.  Kesesuaian  pemilihan  peranti  mudah  alih  untuk  setiap  aktiviti  pengajaran
        sama  ada  di  waktu  persekolahan,  di  luar  waktu  persekolahan  atau  kedua-duanya  sekali  turut
        disertakan di dalam modul ini.

        Di dalam contoh pelaksanaan aktiviti ini, alat bantuan mengajar selain daripada peranti mudah alih
        tidak  disertakan  kerana  ia  bergantung  kepada  pemilihan  pengajar  untuk  memilih  alat  bantu
        mengajar  tambahan.  Tempoh  bagi  pelaksanaan  suatu  aktiviti  tidak  disertakan  memandangkan  ia
        bergantung  kepada  fleksibiliti  pengajar  dalam  menentukan  jumlah  bilangan  waktu  yang  boleh

        digunakan.





                                                           10
   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18