Page 10 - Modul Mata Pelajaran Sejarah Menengah Rendah Berasaskan Pendekatan Mudah Alih
P. 10
3 . 1 C A D A N G A N A P L I K A S I M U D A H A L I H
Penggunaan aplikasi yang diketengahkan untuk digunakan dalam modul ini
juga melibatkan aplikasi mudah alih percuma yang boleh dimuat turun oleh
guru-guru sejarah. Cadangan penggunaan aplikasi mudah alih ini sesuai
digunakan dan dihubungkaitkan dengan aktiviti pengajaran berasaskan
pembelajaran mudah alih untuk penyampaian kandungan subjek Sejarah.
Antara aplikasi mudah alih yang diketengahkan di dalam modul ini adalah
seperti Jadual 2 berikut:
G O O G L E C L A S S R O O M
Aplikasi Google Classroom adalah kemudahan percuma
yang disediakan oleh Google bagi pengurusan,
pengajaran dan pembelajaran guru dengan mudah.
Aplikasi ini menyokong menyimpan fail, mencipta
soalan kuiz, memberikan tugasan, dan memberikan
gred kepada murid. Guru dapat mengawal selia kelas,
dan memulangkan tugasan murid dengan memberikan
komen dengan sama ada di bilik darjah atau di luar bilik
darjah.
A P L I K A S I Y O U T U B E M O B I L E (M)
Aplikasi Youtube boleh digunakan untuk pembelajaran
sejarah. Sokongan penggunaan video secara Virtual
Reality (VR) menerusi aplikasi Youtube M dapat
membawa murid merasai suasana bersejarah dan
melihat keadaan sesuatu tempat secara maya.
Penggunaan VR dalam Youtube M boleh digunakan
secara terus melalui peranti mudah alih yang
menyokong penggunaan VR.
M I C R O S O F T A P P S
Microsoft Apps merupakan satu aplikasi yang mempunyai
kepelbagaian fungsi sama seperti perisiannya di komputer.
Aplikasi Microsoft Apps dapat memudahkan guru dan murid
untuk menggunakan Microsoft Word, Powerpoint, dan Excel
secara mudah alih termasuklah ketika proses pembelajaran
di dalam kelas atau di luar bilik darjah. Malah guru juga
dapat memberikan tugasan kepada murid dengan cepat
melalui perkongsian di Google Drive.
7