Page 11 - Modul Mata Pelajaran Sejarah Menengah Rendah Berasaskan Pendekatan Mudah Alih
P. 11
P A D L E T
Padlet merupakan satu aplikasi pembelajaran yang
digunakan bagi mendapatkan maklumbalas dan respon
dalam satu ruangan yang sama. Aplikasi ini boleh
dimuat turun secara percuma oleh guru dan murid
serta digunakan secara atas talian. Melalui aplikasi ini,
guru dapat berkongsi bahan bacaan, maklumat, video,
gambar, memuat naik bahan pembelajaran dan
mengadakan perbincangan dengan murid. Tugasan
seperti kuiz, soalan terbuka dan diskusi boleh
dijalankan serentak yang mana guru dapat melihat
respon murid malah pada masa yang sama menanda
jawapan mereka. Pembelajaran melalui Padlet boleh
berlaku sama ada secara segerak di bilik darjah
(Synchronous) atau secara tidak segerak
(Asynchronous).
K A H O O T
Kahoot adalah satu aplikasi berteraskan platform
permainan dalam pembelajaran. Aplikasi ini boleh
dimuat turun melalui pelbagai peranti mudah alih
seperti telefon pintar, iPad/ tablet, Chromebook dan
Laptop. Selain itu, aplikasi Kahoot membolehkan guru
Sejarah mencipta soalan kuiz dan boleh berkongsi
soalan yang telah dibuat bersama dengan pengguna
Kahoot yang lain. Guru pada masa yang sama dapat
menilai kemampuan murid secara kuiz individu atau
berkumpulan.
P R E Z I
Aplikasi Prezi adalah salah satu platform bagi
menghasilkan pembentangan secara interaktif. Sama
seperti Powerpoint, perisian Prezi digunakan untuk
menyediakan slaid dan ia boleh dimuat turun sama ada
di Desktop atau di peranti mudah mudah alih secara
percuma. Slaid daripada Prezi disimpan secara atas
talian dan ia sekaligus membantu guru menyediakan
kandungan pengajaran lebih interaktif pada bila-bila
masa.
8