Page 8 - Modul Mata Pelajaran Sejarah Menengah Rendah Berasaskan Pendekatan Mudah Alih
P. 8
2 . 4 M O D E L G A Y A P E M B E L A J A R A N V A R K ( V I S U A L , A U R A L,
R E A D I N G , K I N E S T E T I C )
Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran, mengenalpasti kecenderungan murid amat
penting bagi seseorang pengajar supaya dapat memilih pendekatan yang sesuai dengan
aktiviti pengajaran. Oleh itu, guru Sejarah perlu peka dan mengetahui gaya pembelajaran
yang sering dipilih oleh seseorang murid dalam menerima sesuatu kandungan atau
maklumat kerana ia mempengaruhi penerimaan mereka terhadap subjek Sejarah.
Modul ini menjelaskan bagaimana model gaya pembelajaran VARK boleh
diterapkan dalam aktiviti pengajaran menggunakan pembelajaran mudah alih
dengan mengambil kira kecenderungan gaya pembelajaran yang dipilih. Menurut
Wright dan Stokes (2015), penggunaan model VARK boleh digunakan oleh guru
untuk mengambil kira pendekatan dalam pengajaran berpandukan kepada
pendekatan yang terdapat dalam model tersebut. Penerangan mengenai mod gaya
pembelajaran VARK dan kecenderungannya murid dalam proses pembelajaran
(Norasmah Othman & Mohd Hasril, 2010):
Murid berkebolehan visual cenderung untuk melihat
gambar, graf, video dan grafik.
Visual (V)
Murid berkebolehan aural / auditori cenderung memilih
kaedah mendengar, melalui percakapan atau daripada
musik, perbincangan kumpulan dan penjelasan.
Aural (A)
Murid berkebolehan pembacaan cenderung memilih perkataan
atau teks untuk mendapatkan maklumat. Mereka gemar aktiviti
pembentangan, melalui teks atau penulisan.
Reading (R)
5