Page 7 - Modul Mata Pelajaran Sejarah Menengah Rendah Berasaskan Pendekatan Mudah Alih
P. 7
DOMAIN PENGETAHUAN PENERANGAN
Pengetahuan Teknologi Pedagogi Pengetahuan aktiviti pedagogi yang boleh guru kaitkan
(Technological Pedagogical Knowledge –
dengan penggunaan teknologi mudah alih.
TPK)
Pengetahuan Teknologi Kandungan Pengetahuan untuk menghubungkan konsep teknologi
(Technological Content Knowledge – TCK) dalam sesuatu subjek atau kandungan pengajaran.
Pengetahuan Pedagogi Kandungan Kebolehan guru untuk mengubahsuai pengetahuan
(Pedagogical Content Knowledge – PCK) kandungan kepada bentuk yang sesuai dengan pendekatan
pengajaran
Penerangan mengenai domain pengetahuan yang dipilih dalam modul.
2 . 3 T E O R I P E M B E L A J A R A N
Teori Konstruktivisme
Melalui kandungan modul ini juga, penerapan teori pembelajaran dalam pengajaran subjek
Sejarah turut ditekankan sesuai dengan kandungan Dokumen Standard Kandungan
Pembelajaran (DSKP) Sejarah Tingkatan 1 yang menekankan teori Konstruktivisme.
Penggunaan peranti mudah alih boleh digunakan dan diaplikasi dengan pendekatan teori
pembelajaran terkini seperti konstruktivisme (Hamdani, 2014). Guru boleh mengadaptasi
teori ini bersesuaian dengan objektif pengajaran dan pembelajaran yang ingin dicapai. Dalam
pendekatan teori ini, guru berperanan sebagai fasilitator dengan membantu murid
sepanjang pemerolehan pengetahuan.
Teori Pembelajaran Berasaskan Situasi
Disamping itu, modul ini turut menyediakan teori Pembelajaran Berasaskan Situasi
bagi menyokong pengajaran dan pembelajaran. Penerapan teori ini digunakan
dalam modul ini memandangkan pengajaran di bilik darjah kini adalah lebih kepada
pentaksiran bilik darjah. Malah murid pada tingkatan 1 kini perlu membuat tugasan
kerja kursus bagi subjek Sejarah di akhir tahun yang mana teori ini boleh
diaplikasikan dalam tugasan tersebut. Melalui teori pembelajaran berasaskan
situasi ia dapat membantu guru mengalakkan murid untuk berada dalam situasi
sebenar semasa proses pembelajaran yang sama dapat mewujudkan penglibatan
murid secara aktif. Penggunaan teori ini memberikan peluang kepada murid untuk
menunjukkan bakat dan kebolehan mereka malah mengesyorkan pembelajaran
berdasarkan pengalaman melalui hubungan sesama ahli komuniti atau komuniti
praktis yang sama (Crompton, Burke & Gregory, 2017).
4