Page 5 - Modul Mata Pelajaran Sejarah Menengah Rendah Berasaskan Pendekatan Mudah Alih
P. 5

1 . 0   P E M B E L A J A R A N    M U D A H  A L I H


         Pembelajaran  mudah  alih  secara  umumnya  adalah  kaedah  pengajaran  yang
         menggunakan  teknologi  mudah  alih  bagi  tujuan  membantu  pembelajaran  malah
         mendapatkan  maklumat  tanpa  menggunakan  wayar  (Yulius  Hari,  Darmanto  &  Minny
         Elisa  Yanggah,  2016).  Antara  contoh  peranti  yang  menggunakan  teknologi  mudah  alih
         yang  boleh  digunapakai  seperti  IPad,  Tablet,  Chromebook,  telefon  pintar  dan  laptop.
         Penggunaan  teknologi  mudah  alih  dalam  pendidikan  sebelum  ini  bukanlah  suatu  yang

         baharu malah ia telah digunakan di kebanyakan negara membangun misalnya di Eropah
         dan Amerika Syarikat (Ahmad Sobri, 2010; Nawi & Hamzah, 2013). Pendedahan kepada
         teknologi  mudah  alih  dapat  meningkatkan  kemahiran  dalam  ICT  dengan  memberi
         peluang  kepada  guru  untuk  meneroka  keupayaan  pembelajaran  mudah  alih  secara
         optimum.  Menggabungkan  kaedah  pengajaran  sedia  ada  dengan  pembelajaran  mudah
         alih  berupaya  mentransformasikan  pembelajaran  di  dalam  bilik  darjah  menjadi
         bermakna (Treagust et al.,2016).



         2  . 0    I N T E G R A S I   P E N G E T A H U A N  T E K N O L O G I  D A N  P E D A G O G I

                     D A L A M    P E N G A J A R A N   S E J A R A H

        Pengetahuan  teknologi  dan  pedagogi  guru  dalam  menghubungkan  penggunaan
        teknologi  mudah  alih  dalam  pengajaran  memerlukan  satu  strategi  yang  berkesan
        supaya  kandungan,  objektif  pembelajaran  dan  pemilihan  peranti  mudah  alih  dapat
        disatukan  dengan  mengambil  kira  komponen-komponen  tersebut  dalam  pengajaran.
        Dengan  menghubungkan kedua-dua pengetahuan  ini ia secara tidak  langsung  memberi
        pendedahan  kepada  pembaca  bagaimana  untuk  mengintegrasi  subjek  Sejarah  dengan
        menggunakan pembelajaran  mudah alih dalam proses  pembelajaran  dan pengajaran  di
        sekolah.


        2 . 1  M O D E L    T P A C K  ( T E C H N O L O G I C A L  P E D A G O G I C A L
              C O N T E N T   K N O W L E D G E )

        Model  Technological  Pedagogical  Content  Knowledge  (TPACK)  adalah  berdasarkan
        daripada idea yang dicetuskan Lee Shulman pada 1987 iaitu model Pedagogical Content

        Knowledge (PCK). Model ini seterusnya dikembangkan dalam kajian Mishra dan Koehler
        (2006)  dengan  mengemukakan  pengetahuan  teknologi  (Technological  Knowledge-TK)
        sebagai  komponen  baharu  dalam  model  asal  yang  akhirnya  membentuk  kepada
        kerangka  TPACK.  Pemilihan  model  ini  disertakan  di  dalam  kandungan  modul  untuk
        membina  interaksi  pedagogi  dan  model  teoritikal  bagi  pengajaran  melibatkan
        penggunaan  teknologi  mudah  alih  bagi  membentuk  satu  penyelesaian  kepada  guru
        untuk  menintegrasi  teknologi  mudah  alih  dalam  kaedah  menggunakan  ICT  untuk
        aktiviti  PAK21  subjek  Sejarah.  Gambar  rajah  berikut  menunjukkan  model  TPACK  dan
        hubungan  antara  komponen  pengetahuan  antara  teknologi,  kandungan  serta  pedagogi
        yang menjadi kunci strategi kepada peningkatan pembelajaran dan  pengajaran.



                                                            2
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10