Page 12 - Modul Mata Pelajaran Sejarah Menengah Rendah Berasaskan Pendekatan Mudah Alih
P. 12
4. 0 A K T I V I T I P E M B E L A J A R A N S E J A R A H B E R A S A S K A N
P E M B E L A J A R A N M U D A H A L I H Y A N G B O L E H D I G U N A K A N
Modul pengajaran Sejarah berasaskan mudah alih ini turut menyediakan contoh aktiviti pengajaran
yang boleh dijalankan melalui pembelajaran mudah alih bagi membantu meningkatkan strategi
penyampaian guru. Dengan mengambil kira komponen DSKP, modul ini secara tidak langsung turut
menekankan penggunaan Kemahiran Pemikiran Sejarah (KPS) yang perlu diambil kira bagi
merancang aktiviti pengajaran berasaskan pembelajaran mudah alih sesuai dengan aktiviti yang
dirancangkan agar mencapai tahap penguasaan murid. Modul ini menyediakan 5 contoh aktiviti
pengajaran Sejarah yang boleh dijalankan menggunakan pembelajaran mudah alih. Antara aktiviti
tersebut adalah seperti yang berikut:
· Aktiviti Meneroka Bahan Menggunakan Flipped Classroom
· Aktiviti Projek 3D
· Aktiviti Aplikasi Synchronous Online
· Pembentangan atas talian secara Synchronous atau Asynchronous
· Membina peta minda secara atas talian (Online)
Dalam contoh aktiviti yang boleh diimplementasi ini, modul ini pada masa yang sama menyediakan
komponen teknologi berdasarkan model teoritikal TPACK yang disesuaikan untuk pengajaran subjek
Sejarah dengan mengambil kira komponen- komponen pengetahuan seperti Pengetahuan Teknologi
Pedagogi (Technological Pedagogical Knowledge-TPK), Pengetahuan Teknologi Kandungan (Technological
Content Knowledge - TCK), Pengetahuan Pedagogi Kandungan (Pedagogical Content Knowledge - PCK)
dan model gaya pembelajaran VARK . Gabungan daripada komponen-komponen ini membentuk satu
model yang diadaptasi untuk modul pembelajaran Sejarah berasaskan pembelajaran mudah alih.
9