Page 29 - KERTAS KERJA MAPSU
P. 29
KERTAS KERJA
MAJLIS PRESIDEN & SETIAUSAHA (MAPSU)
1. TAJUK
TEMPOH KEKANANAN KENAIKAN PANGKAT PEMBANTU
TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) DAN PEMBANTU TADBIR
(KEWANGAN) TERGUGAT KERANA KEMASUKAN JAWATAN
PEMBANTU TADBIR (PENYELIA ASRAMA) DAN PEMBANTU
TADBIR (PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN)
2. TUJUAN
Kertas kerja ini disediakan untuk memohon diberi keutamaan
kekananan untuk kenaikan pangkat bagi jawatan asal Pembantu
Tadbir (Perkeranian/Operasi) dan Pembantu Tadbir (Kewangan).
3. LATAR BELAKANG
Kenaikan pangkat dalam perkhidmatan awam adalah berdasarkan
prinsip merit, kekananan, pengalaman serta prestasi perkhidmatan.
Gred N1 (N19) merupakan gred lantikan permulaan bagi beberapa
skim perkhidmatan dalam kumpulan Pelaksana. Pada asalnya,
jawatan seperti Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) dan
Pembantu Tadbir (Kewangan) merupakan pemegang utama gred
ini.
1

