Page 32 - KERTAS KERJA MAPSU
P. 32
5.4 Kajian Semula Dasar Penyelarasan Gred Oleh JPA
❖ Dicadangkan pihak JPA mengadakan kajian semula
berkenaan penyelarasan gred yang menyatukan
pelbagai jawatan berlainan fungsi di bawah satu gred
tanpa mengambil kira implikasi kekananan dan
pembangunan kerjaya pegawai sedia ada.
6. IMPLIKASI
6.1 Motivasi Pegawai Menurun
● Pegawai dalam skim perkhidmatan asal
(Perkeranian/Operasi dan Kewangan) merasa
terpinggir dan tidak dihargai setelah lama berkhidmat,
tetapi dilangkaui oleh pegawai daripada skim lain yang
baru diserap ke dalam gred yang sama.
6.2 Keadilan dalam Penilaian Kenaikan Pangkat Dipersoal
● Konsep meritokrasi dan kekananan dianggap tidak telus
apabila peluang sama diberi kepada pegawai tanpa
mengambil kira kepakaran dan pengalaman kerja
sebenar.
6.3 Ketidakseragaman Fungsi Kerja
● Walaupun berkongsi gred N1, fungsi kerja antara
Penyelia Asrama, PKP, dan Pembantu Tadbir adalah
berbeza dari segi skop dan keperluan kemahiran,
namun mereka berkongsi laluan kenaikan pangkat yang
4

