Page 35 - KERTAS KERJA MAPSU
P. 35
4. OBJEKTIF
4.1 Memberi keselesaan kepada jururawat yang bertugas dikawasan klinikal dimana
jururawat banyak bergerak dan berdiri lama semasa bertugas.
4.2 Mengurangkan gangguan sewaktu bertugas seperti kaki melecet, kaki melepuh
atau potensi mengalami kecederaan jatuh semasa bertugas.
4.3 Masalah muskuloskeletal dan kesakitan anggota bawah (kaki, pergelangan, lutut,
belakang) adalah sangat biasa dalam kalangan jururawat yang berdiri/berjalan lama;
ini memberi sebab mengapa kasut bertapak empuk/sokongan (seperti kasut sukan)
sering dipilih.
5. JUSTIFIKASI
5.1 Kasut sukan memberikan keselesaan optimum kerana direka dengan kusyen
lembut dan tapak penyerap hentakan. Ini membantu mengurangkan tekanan pada kaki,
lutut dan pinggang, sekali gus mencegah keletihan otot serta masalah seperti sakit
tumit dan plantar fasciitis. Selain itu kepentingan ciri kasut yang perlu ditekankan
selain mempunyai kusyen / penyerap hentakan, ianya perlu ada sokongan
lengkungan (arch support), saiz kasut yang betul dan kestabilan tumit merupakan
pilihan yang baik mengurangkan keletihan dan masalah kaki jangka panjang.
5.2 Kasut sukan membantu mengekalkan postur badan yang baik dan
mengurangkan risiko sakit belakang atau sendi. Tapaknya yang kukuh dan seimbang
menyokong pergerakan semula jadi tubuh ketika berjalan atau berdiri lama.
5.3 Dari segi keselamatan pula, kasut sukan mempunyai tapak getah anti-gelincir
(slips resistant) yang mengurangkan risiko tergelincir di lantai hospital yang licin. Ini
amat penting bagi jururawat yang sering bergerak pantas semasa menjalankan tugas.
5.4 Kasut sukan juga mampu mencegah kecederaan kaki seperti lepuh, kapalan
(Callus) , masalah kuku kaki dan bengkak akibat kasut yang tidak sesuai. Reka
bentuknya yang ringan dan berpengudaraan baik memastikan kaki sentiasa selesa
sepanjang syif.
5.5 Kasut sukan sekarang ini semakin berinovasi , kelihatan moden dan tampil
dengan reka bentuk profesional dan mudah dibersihkan. Kriteria ini
sememangnya sesuai dengan imej kemas jururawat di tempat kerja.

