Page 37 - KERTAS KERJA MAPSU
P. 37

KERTASKERJA  DARI KESATUAN JURURAWAT MALAYA (MNU)


               1.TAJUK

                       Bayaran Insentif Khas Bertugas Syif  kepada Semua Anggota
                       Jururawat di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang
                       Bertugas secara Syif .




               2. TUJUAN




               Kertas kerja ini dibentangkan bagi memohon pertimbangan dan kelulusan Kementerian
               kesihatan Malaysia supaya:

               2.1. Bayaran Insentif Khas Bertugas Syif diberikan kepada semua jururawat KKM yang
               melaksanakan tugasan secara syif, tanpa sebarang syarat.

               2.2. Memberi ruang kepada pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan pihak KKM untuk
               mempertimbang mekanisme pelaksanaan insentif ini secara menyeluruh merangkumi semua
               kategori jururawat yang bertugas secara syif.



               3. LATAR BELAKANG



               Jururawat di fasiliti kesihatan KKM berkhidmat secara syif 24 jam setiap hari untuk menjamin

               kesinambungan rawatan kepada pesakit.  Tugas-tugas mereka termasuk  menjaga keperluan

               harian pesakit, makan minum pesakit dibekalkan secara berkhasiat dan dimakan oleh pesakit,
               ubatan pesakit diberi  mengikut waktu , kebersihan pakaian, kainan  dan kulit pesakit ,

               menggantikan rakan bercuti, mengiringi pesakit yang dirujuk ke Hospital rujukan  dan bertugas
               waktu malam yang memberi kesan kepada kesihatan fizikal dan mental mereka.

               Perawatan dan penjagaan pesakit ini  adalah berterusan dan   konsisten sehinggalah pesakit
               dibenarkan discaj oleh Pegawai Perubatan.

               Kajian menunjukkan kerja syif menyebabkan gangguan ritma sirkadian, gangguan tidur,

               keletihan, serta tekanan  emosi dan psikologi. Menurut kajian oleh Sobiroh Suhail (2016),
               jururawat syif mengalami kualiti tidur yang lebih rendah, keletihan yang lebih tinggi serta

               gangguan pencernaan dan emosi berbanding jururawat bekerja waktu  pejabat. (Universiti
               Teknologi Malaysia: https://eprints.utm.my/78603/1/SobirohSuhailMFM2016.pdf)
   32   33   34   35   36   37   38   39   40   41   42