Page 34 - KERTAS KERJA MAPSU
P. 34
KERTAS KERJA KESATUAN JURURAWAT MALAYA (MNU)
1.TAJUK
Penggunaan kasut sukan atau kasut sneaker dikalangan
jururawat KKM yang bertugas dikawasan klinikal.
2. TUJUAN
Kertas kerja ini dibentangkan bagi memohon pertimbangan dan kelulusan
Kementerian kesihatan Malaysia supaya meluluskan pemakaian kasut sukan atau
kasut sneaker dikalangan jururawat yang bertugas di kawasan klinikal.
3. LATAR BELAKANG
Jururawat bertindak sebagai profesional kesihatan yang bertanggungjawab memberi
penjagaan holistik kepada pesakit meliputi aspek fizikal, emosi, sosial dan spiritual.
Tugas seorang jururawat sememangnya mencabar dan semakin hari semakin tinggi
cabaran dan bebanan yang perlu dihadapi. Jururawat biasanya bekerja dalam tempoh
masa yang panjang serta banyak berdiri dan berjalan, justeru pemilihan kasut yang
sesuai memainkan peranan besar dalam menjaga kesihatan fizikal mereka.
Pemakaian kasut sukan atay kasut sneaker dalam kalangan jururawat adalah sangat
penting bagi memastikan keselesaan, keselamatan dan kecekapan ketika bertugas
dapat dikekalkan.
Kajian yang dijalankan di negara Indonesia melibatkan 71 orang jururawat dalam
kajian yang bertajuk “The Effect of Anthropometric Shoes on Lactic Acid Reduction
in Nurses 2023 . Hasil kajian mendapati purata lactic acid turun dari 22.48mg/dl ke
16.27mg/dl (p = 0.000) menunjukkan pengurangn kejadian keletihan otot kaki. Selain
itu, jururawat memaklumkan merasa lebih selesa, kurang sakit kaki.
Kajian pada 2024 oleh Pubmed “Evaluation of professional footwear and it’s
relationships with the foot structure among clinical nurses” melibatkan 120 orang
jururawat berumur 40 hiungga 50 tahun menunjukkan bahawa pemilihan kasut tidak
boleh “satu saiz untuk semua orang kerana perbezaan lebar, lengkuk dan bentuk kaki.

