Page 39 - KERTAS KERJA MAPSU
P. 39
5.2. Kajian oleh Chin et al. (2024) mendapati 27.1% jururawat syif mengalami burnout
berbanding 22.4% jururawat bukan syif. Jururawat yang bertugas lebih enam syif malam
sebulan berisiko 2.6 kali ganda mengalami burnout. (PLoS ONE, 19(1): e0295757.
https://doi.org/10.1371/journal.pone.0295757)
Kajian ini menunjukkan jururawat cenderung memilih waktu kerja pejabat kerana beban
fizikal, mental dan sosial kerja syif yang tinggi
5.3. Jururawat yang bertugas syif terutamanya malam menanggung kos penjagaan anak lebih
tinggi, terutamanya bagi ibu tunggal, sekali gus menambah beban kewangan isi rumah.
Kesukaran untuk mendapatkan pusat jagaan kanak-kanak yang sesuai. Berikut adalah
beberapa faktor utama yang menyumbang kepada kesukaran ini:
• Waktu Operasi Terhad – Kebanyakan pusat jagaan hanya beroperasi pada waktu
siang, sedangkan jururawat yang bertugas malam atau petang memerlukan
perkhidmatan penjagaan di luar waktu biasa.
• Kos Penjagaan Tinggi – Bayaran untuk penjagaan kanak-kanak pada waktu malam
atau hujung minggu biasanya lebih mahal, menambah beban kewangan kepada
jururawat, terutamanya ibu tunggal.
• Kekurangan Pusat Jagaan di Tempat Kerja – Walaupun terdapat garis panduan
untuk penubuhan pusat jagaan di tempat kerja, tidak semua hospital atau klinik
menyediakan kemudahan ini.
• Keselamatan dan Kualiti Penjagaan – Jururawat perlu memastikan pusat jagaan
yang dipilih memenuhi standard keselamatan dan kebajikan kanak-kanak.
5.4. . Ketiadaan insentif menyebabkan penghijrahan ke sektor swasta atau luar negara. Pada
2024, dianggarkan 3% jururawat berhijrah ke luar negara dan 2% ke sektor swasta. Menurut
KKM, 2,445 jururawat memohon bekerja luar negara pada 2023, 36% dari sektor awam. Jika
tiada intervensi, Malaysia dijangka kekurangan jururawat sebanyak hampir 60% menjelang
2030. (Goh, T. S., 2024. CodeBlue. https://codeblue.galencentre.org/...)
5.5 Kerja malam menyebabkan keletihan kronik, kurang daya fokus, mood tidak stabil –
justifikasi pemberian imbuhan tambahan.

