Page 16 - 0. Riyadhus Sholihin
P. 16
(b) Kita disunnahkan bertawassul dengan amal perbuatan kita sendiri yang shalih, agar
kesulitan itu segera lenyap dan diganti dengan kelapangan oleh Allah Ta'ala. Bertawassul
ertinya membuat perantaraan dengan amal shalih itu, agar permohonan kita dikabulkan
olehNya. Bertawassul dengan cara seperti ini tidak ada seorang ulamapun yang tidak
membolehkan. Jadi beliau-beliau itu sependapat tentang bolehnya.
Juga tidak diperselisihkan oleh para alim-ulama perihal bolehnya bertawassul dengan orang
shalih yang masih hidup, sebagaimana yang dilakukan oleh Sayidina Umar r.a. dengan
bertawassul kepada Sayidina Abbas, agar hujan segera diturunkan.
Yang diperselisihkan ialah jikalau kita bertawassul dengan orang-orang shalih yang sudah
wafat, maksudnya kita memohonkan sesuatu kepada Allah Ta'ala dengan perantaraan beliau-
beliau yang sudah di dalam kubur agar ikut membantu memohonkan supaya doa kita
dikabulkan. Sebahagian alim-ulama ada yang membolehkan dan sebahagian lagi tidak
membolehkan.
Jadi bukan orang-orang shalih itu yang dimohoni, tetapi yang dimohoni tetap Allah Ta'ala
jua, tetapi beliau-beliau dimohon untuk ikut membantu mendoakan saja. Kalau yang
dimohoni itu orang-orang yang sudah mati, sekalipun bagaimana juga shalihnya, semua alim-
ulama Islam sependapat bahawa perbuatan sedemikian itu haram hukumnya. Sebab hal itu
termasuk syirik atau menyekutukan sesuatu dengan Allah Ta'ala yang Maha Kuasa
Mengabulkan segala permohonan.
Namun demikian hal-hal seperti di atas hanya merupakan soal-soal furu'iyah (bukan akidah
pokok), maka jangan hendaknya menyebabkan retaknya persatuan kita kaum Muslimin.
Nota kaki:
Orang-orang di zaman Jahiliyah dulu jika menginginkan atau mengharapkan keredhaan
Tuhan, mereka sembelihlah unta sebagai kurban, lalu darah unta itu disapukan pada dinding
Baitullah atau Ka'bah. Kaum Muslimin hendak meniru perbualan mereka itu, lalu turunlah
ayat sebagaimana di atas.
Semua huraian yang tertera antara -.... - adalah tambahan terjemahan dari kami sendiri untuk
memudahkan pengertiannya dan mudah memahamkannya. Harap Maklum
Saidina Umar bin Khaththab r.a. itu adalah seorang khalifah dari golongan Rasyidin yang
pertama kali menggunakan sebutan Amirul mu'minin pemimpin sekalian kaum mu'minin.
Beliau adalah khalifah kedua sepeninggalan Rasulullah s.a.w. Panggilan Amirul mu'minin itu
lalu dicontoh dan diteruskan oleh khalifah Usman dan Ali radhiallahu 'anhuma, juga oleh
para khalifah Bani Umayyah, Bani Abbas dan selanjutnya. Jadi di zaman khalifah Abu Bakar
sebutan di atas belum digunakan. Adapun Abu Hafs itu adalah gelar kehormatan bagi