Page 21 - 0. Riyadhus Sholihin
P. 21

Sayidina  Umar  r.a.  Abu  ertinya  bapa,  sedang  hafs  ertinya  singa.  Beliau  r.a.  memperolehi
               gelar Bapa Singa, sebab memang terkenal berani dalam segala hal, seperti dalam menghadapi
               musuh di medan perang, dalam menegakkan keadilan di antara seluruh rakyatnya dan tanpa
               pandang bulu dalam meneterapkan hukuman kepada siapapun. Ringkasnya yang salah pasti
               ditindak dengan keras, sedang yang teraniaya dibela dan dilindungi.

               Sabda Rasulullah s.a.w.: "Tidak ada hijrah setelah pembebasan - Makkah," oleh para alim-
               ulama dikatakan bahawa mengenai hijrah dari daerah harb atau perang yang dikuasai oleh
               orang kafir ke Darul Islam, yakni daerah yang dikuasai oleh orang-orang Islam adalah tetap
               ada sampai hari kiamat. Oleh sebab itu Hadis di atas diberikan penakwilannya menjadi dua
               macam:

               Pertama:  Tiada  hijrah  setelah  dibebaskannya  Makkah,  sebab  sejak  saat  itu  Makkah  telah
               menjadi  sebahagian  dari  Darul  Islam  atau  Negara  Islam,  jadi  tidak  mungkin  lagi  akan
               terbayang tentang adanya hijrah setelah itu.



               Kedua: Inilah yang merupakan pendapat tershahih, iaitu yang diertikan bahawa hijrah yang
               dianggap mulia yang diluntut, yang pengikutnya itu memperoleh keistimewaan yang nyata itu
               sudah terputus sejak dibebaskannya Makkah dan sudah lampau pula untuk mereka yang ikut
               berhijrah sebelum dibebaskannya Makkah itu, sebab dengan dibebaskan Makkah itu, Islam
               boleh dikata telah menjadi kukuh kuat dan perkasa, yakni suatu kekuatan dan keperkasaan
               yang nyata. Jadi lain sekali dengan sebelum dibebaskannya Makkah tersebut.

               Adapun  sabda  beliau  s.a.w.  yang  menyebutkan:  "Tetapi  yang  ada  adalah  jihad  dan  niat,"
               maksudnya  ialah  bahawa  diperolehinya  kebaikan  dengan  sebab  hijrah  itu  telah  terputus
               dengan  dibebaskannya  Makkah  itu,  tetapi  sekalipun  demikian  masih  pula  dapat  dicapai
               kebaikan  tadi  dengan  berjihad  dan  niat  yang  shalih.  Dalam  Hadis  di  atas  jelas  diuraikan
               adanya perintah untuk  suka  berniat  dalam  melakukan kebaikan secara  mutlak dan bahawa
               yang berniat itu sudah dapat memperolehi pahala dengan hanya keniatannya itu belaka.







               Syi'ib  (lereng)  yang  dimaksudkan  di  sini  ialah  jalan  di  daerah  pergunungan,  sedang  Wadi
               (lembah) ialah tempat yang di situ ada airnya mengalir.
   16   17   18   19   20   21   22   23   24   25   26