Page 19 - 0. Riyadhus Sholihin
P. 19
hendaklah mencabut dakwaan tadi dari orang yang didakwakan atau meminta saja
pengampunan daripada kawannya dan jikalau merupakan pengumpatan, maka hendaklah
meminta penghalalan yakni pemaafan dari umpatannya itu kepada orang yang diumpat olehnya.
Seseorang itu wajiblah bertaubat dari segala macam dosa, tetapi jikalau seseorang itu
bertaubat dari sebahagian dosanya, maka taubatnya itupun sah dari dosa yang dimaksudkan
itu, demikian pendapat para alim-ulama yang termasuk golongan ahlul haq, namun saja dosa-
dosa yang lain-lainnya masih tetap ada dan tertinggal - yakni belum lagi ditaubati.
Sudah jelaslah dalil-dalil yang tercantum dalam Kitabullah, Sunnah Rasulullah s.a.w. serta ijma'
seluruh ummat perihal wajibnya mengerjakan taubat itu.
Allah Ta'ala berfirman:
َ
ه
ْ
ه
] . 13 :رونلا[ } َ نوُحِل ْ ف ُ ت ْم ُ كلَعَل َ نو ُ نِم ْ ؤُملا َهُّيأ اًعيِمَج ِالله ىَلإ اوُبو ُ ت َ و{ :ىَلاَعَت الله َل اَق
ِ
"Dan bertaubatlah engkau semua kepada Allah, hai sekalian orang Mu'min, supaya engkau
semua memperolehi kebahagiaan." (an-Nur: 31)
Allah Ta'ala berfirman lagi:
"Mohon ampunlah kepada Tuhanmu semua dan bertaubatlah kepadaNya." (Hud: 3)
Dan lagi firmanNya:
َ
ً
ه
ه
8 ] . :ميرحتلا[ }احوُصَن ةَب ْ وَت ِالله ىَلإ اوُبو ُ ت او ُ نَمآ َ نيِذلا اَهُّيأ اَي{ :ىَلاَعَت َلاق َ و
ِ
"Hai sekalian orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang nashuha -
yakni yang sebenar-benarnya." (at-Tahrim: 8)
Keterangan:
Taubat nashuha itu wajib dilakukan dengan memenuhi tiga macam syarat sebagaimana di
bawah ini, iaitu:
(a) Semua hal-hal yang mengakibatkan diterapi seksa, kerana berupa perbuatan yang dosa
jika dikerjakan, wajib ditinggalkan secara sekaligus dan tidak diulangi lagi.
(b) Bertekad bulat dan teguh untuk memurnikan serta membersihkan diri sendiri dari semua
perkara dosa tadi tanpa bimbang dan ragu-ragu.