Page 17 - MS ISO 9001-2015 (BM)
P. 17

MS ISO 9001:2015 (BM)




                   5.2.2    Mengkomunikasikan dasar kualiti

                   Dasar kualiti hendaklah:

                   a)   tersedia dan diselenggarakan sebagai maklumat didokumentasikan;

                   b)   dikomunikasikan, difahami dan diguna pakai dalam organisasi;

     Licensed to PERPUSTAKAAN UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA / Downloaded on : 10-Nov-2017 12:16:01 PM / Single user license only, copying and networking prohibited
                   c)   tersedia untuk pihak yang berkepentingan yang relevan, mengikut kesesuaian.

                   5.3    Peranan, tanggungjawab dan bidang kuasa organisasi

                   Pengurusan atasan hendaklah memastikan bahawa tanggungjawab dan bidang kuasa bagi
                   peranan yang relevan ditetapkan, dikomunikasikan dan difahami dalam organisasi itu.

                   Pengurusan atasan hendaklah menetapkan tanggungjawab dan bidang kuasa bagi:

                   a)   memastikan sistem pengurusan kualiti akur terhadap keperluan Standard Antarabangsa
                       ini;

                   b)   memastikan proses memberikan output yang dimaksudkan;

                   c)   melaporkan prestasi sistem pengurusan kualiti dan peluang untuk penambahbaikan (lihat
                       10.1), khususnya kepada pengurusan atasan;

                   d)   memastikan penggalakan bagi fokus terhadap pelanggan dalam seluruh organisasi;

                   e)   memastikan  integriti  sistem  pengurusan  kualiti  dikekalkan  apabila  perubahan  sistem
                       pengurusan kualiti dirancang dan dilaksanakan.


                   6   Perancangan

                   6.1    Tindakan menyatakan risiko dan peluang

                   6.1.1    Apabila  merancang  untuk  sistem  pengurusan  kualiti,  organisasi  hendaklah
                   mempertimbangkan isu yang disebutkan dalam 4.1 dan keperluan yang disebutkan dalam 4.2
                   dan menentukan risiko dan peluang yang perlu dinyatakan untuk:

                   a)   memberi  jaminan  bahawa  sistem  pengurusan  kualiti  boleh  mencapai  hasil  yang
                       dimaksudkan;

                   b)   meningkatkan kesan yang diingini;

                   c)   mencegah, atau mengurangkan kesan yang tidak diingini;

                   d)   mencapai penambahbaikan.

                   6.1.2    Organisasi hendaklah merancang:

                   a)   tindakan menyatakan risiko dan peluang;



                   © STANDARDS MALAYSIA 2017 - Hak cipta terpelihara                                 5
   12   13   14   15   16   17   18   19   20   21   22