Page 19 - MS ISO 9001-2015 (BM)
P. 19

MS ISO 9001:2015 (BM)




                   d)   bila ia akan disiapkan;

                   e)   cara hasil akan dinilai.

                   6.3    Merancang perubahan

                   Apabila  organisasi  menentukan  keperluan  untuk  mengubah  sistem  pengurusan  kualiti,
                   perubahan itu hendaklah dilaksanakan dengan cara yang terancang (lihat 4.4).
     Licensed to PERPUSTAKAAN UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA / Downloaded on : 10-Nov-2017 12:16:01 PM / Single user license only, copying and networking prohibited

                   Organisasi hendaklah memberi pertimbangan terhadap:

                   a)   tujuan perubahan dan kesan yang mungkin timbul;

                   b)   integriti sistem pengurusan kualiti;

                   c)   ketersediaan sumber;

                   d)   pengagihan atau pengagihan semula tanggungjawab dan bidang kuasa.


                   7   Sokongan

                   7.1    Sumber

                   7.1.1    Am

                   Organisasi  hendaklah  menentukan  dan  menyediakan  sumber  yang  diperlukan  bagi
                   mewujudkan,  melaksanakan,  menyelenggarakan,  dan  menambah  baik  secara  berterusan
                   sistem pengurusan kualiti.

                   Organisasi hendaklah memberi pertimbangan terhadap:

                   a)   keupayaan dan kekangan sumber dalaman sedia ada;

                   b)   apa yang perlu diperoleh daripada penyedia luar.

                   7.1.2    Modal insan

                   Organisasi  hendaklah  menentukan  dan  menyediakan  modal  insan  yang  diperlukan  untuk
                   pelaksanaan  sistem  pengurusan  kualiti  yang  berkesan  dan  untuk  operasi  dan  kawalan
                   prosesnya.

                   7.1.3    Prasarana

                   Organisasi  hendaklah  menentukan,  menyediakan  dan  menyelenggarakan  prasarana  yang
                   diperlukan untuk operasi prosesnya dan untuk mencapai keakuran produk dan perkhidmatan.

                   NOTA.  Prasarana boleh termasuk:

                   a)   bangunan dan utiliti yang berkaitan;




                   © STANDARDS MALAYSIA 2017 - Hak cipta terpelihara                                 7
   14   15   16   17   18   19   20   21   22   23   24