Page 22 - MS ISO 9001-2015 (BM)
P. 22

MS ISO 9001:2015 (BM)




                   7.3    Kesedaran

                   Organisasi  hendaklah  memastikan  bahawa  orang  yang  melakukan  kerja  di  bawah
                   kawalannya mengetahui tentang:

                   a)   dasar kualiti;

                   b)   objektif kualiti yang relevan;
     Licensed to PERPUSTAKAAN UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA / Downloaded on : 10-Nov-2017 12:16:01 PM / Single user license only, copying and networking prohibited

                   c)   sumbangan mereka kepada keberkesanan sistem pengurusan kualiti, termasuk manfaat
                       prestasi yang ditambah baik;

                   d)   implikasi jika tidak mengakuri keperluan sistem pengurusan kualiti.

                   7.4    Komunikasi

                   Organisasi  hendaklah  menentukan  komunikasi  dalaman  dan  luaran  yang  relevan  dengan
                   sistem pengurusan kualiti, termasuk:

                   a)   perkara yang akan dikomunikasikan;

                   b)   bila perlu berkomunikasi;

                   c)   dengan siapa untuk berkomunikasi;

                   d)   cara untuk berkomunikasi;

                   e)   siapa yang berkomunikasi.

                   7.5    Maklumat didokumentasikan

                   7.5.1    Am

                   Sistem pengurusan kualiti organisasi hendaklah termasuk:

                   a)   maklumat didokumentasikan yang diperlukan oleh Standard Antarabangsa ini;

                   b)   maklumat  didokumentasikan  yang  ditentukan  perlu  oleh  organisasi  bagi  keberkesanan
                       sistem pengurusan kualiti.

                   NOTA.  Tahap maklumat didokumentasikan untuk sistem pengurusan kualiti boleh berbeza antara satu
                   organisasi dengan yang lain disebabkan oleh:

                   -    saiz organisasi dan jenis aktiviti, proses, produk dan perkhidmatannya;

                   -    kerumitan proses dan saling tindaknya;

                   -    kekompetenan orang.







                   10                                         © STANDARDS MALAYSIA 2017 - Hak cipta terpelihara
   17   18   19   20   21   22   23   24   25   26   27