Page 18 - MS ISO 9001-2015 (BM)
P. 18

MS ISO 9001:2015 (BM)




                   b)   cara untuk:

                       1)  mengintegrasikan,  dan  melaksanakan  tindakan  itu  ke  dalam  proses  sistem
                          pengurusan kualiti (lihat 4.4);

                       2)   menilai keberkesanan tindakan ini.

                   Tindakan  yang  diambil  untuk  menyatakan  risiko  dan  peluang  hendaklah  setimpal  dengan
     Licensed to PERPUSTAKAAN UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA / Downloaded on : 10-Nov-2017 12:16:01 PM / Single user license only, copying and networking prohibited
                   kesan yang mungkin wujud terhadap keakuran produk dan perkhidmatan.

                   NOTA 1.  Pilihan untuk menyatakan risiko boleh termasuk mengelakkan risiko, mengambil risiko untuk
                   mengejar peluang, menghapuskan punca risiko, mengubah kemungkinan atau akibat, berkongsi risiko,
                   atau mengekalkan risiko berdasarkan keputusan bermaklumat.

                   NOTA  2.  Peluang  boleh  membawa  kepada  penerimagunaan  amalan  baharu,  pelancaran  produk
                   baharu,  pembukaan  pasaran  baharu,  menangani  pelanggan  baharu,  membina  perkongsian,
                   menggunakan teknologi baharu, dan kemungkinan lain yang diingini dan berdaya maju bagi menangani
                   keperluan organisasi atau pelanggannya.

                   6.2    Objektif kualiti dan perancangan untuk mencapainya

                   6.2.1    Organisasi hendaklah mewujudkan objektif kualiti pada fungsi, aras dan proses yang
                   relevan yang diperlukan untuk sistem pengurusan kualiti.

                   Objektif kualiti hendaklah:

                   a)   tekal dengan dasar kualiti;

                   b)   boleh diukur;

                   c)   mengambil kira keperluan yang diterima pakai;

                   d)   relevan  dengan  keakuran  produk  dan  perkhidmatan,  dan  peningkatan  kepuasan
                       pelanggan;

                   e)   dipantau;

                   f)   dikomunikasikan;

                   g)   dikemas kini mengikut kesesuaian.

                   Organisasi hendaklah menyelenggara maklumat didokumentasikan tentang objektif kualiti.

                   6.2.2    Apabila  merancang  cara  untuk  mencapai  objektif  kualiti,  organisasi  hendaklah
                   menentukan:

                   a)   apa yang akan dilakukan;

                   b)   sumber yang diperlukan;

                   c)   siapa yang bertanggungjawab;




                   6                                          © STANDARDS MALAYSIA 2017 - Hak cipta terpelihara
   13   14   15   16   17   18   19   20   21   22   23