Page 15 - KorpusInovasiIlmuKhas2023
P. 15

KORPUS Inovasi Ilmu Khas 2023 (INO-IK2023)



               ONE DAY ONE PAGE (1D1P)

               Hazakirah binti Zainal Abidin
               Sekolah Kebangsaan Pasir Panjang Pekan Pahang

               Hazakirah85@gmail.com


               Abstrak

               Al-Quran  merupakan  pendidikan  sepanjang  hayat  dalam  kehidupan  umat  Islam.  Setiap
               muslim  yang  beriman  kepada  kitab  Al-Quran  hendaklah  mempunyai  kemampuan  untuk
               membaca  Al-Quran  tersebut  selain  dari  berusaha  untuk  memahami  dan  menghayati
               kandungannya.Terdapat  banyak  faktor  yang  perlu  diambil  kira  dalam  melaksanakan
               pengajaran Al-Quran kepada murid. Faktor  yang paling penting ialah pendekatan dan kaedah
               pengajaran yang sesuai digunakan kerana akan mempercepatkan proses pembelajaran yang
               akan membantu murid menguasai bacaan Al-Quran.Namun begitu, ramai murid yang kurang
               berminat  untuk  membaca  Al-Quran  setiap  hari  terutamanya  bukan  di  waktu
               persekolahan.Oleh  yang  demikian,  terhasillah  satu  inovasi  “One  Day  One  Page  (1D1P)”.
               Objektif utama penghasilan inovasi ini adalah, untuk menggalakkan setiap murid membaca
               Al-Quran  atau  Iqra  setiap  hari  sekurang-kurangnya  satu  muka surat  sama  ada  di  rumah
               sendiri, di rumah Guru Al-Quran ataupun di sekolah. Inovasi ini dihasilkan bersama dengan
               Kad Bacaan & Ganjaran untuk memudahkan komunikasi antara pihak sekolah dan pihak ibu
               bapa  di  rumah  mengetahui  tahap  bacaan  anak-anak  melalui  catatan  pada  kad  bacaan
               tersebut.  Dengan  terhasilnya  inovasi  ini, amat  memberi  galakkan  kepada  murid  supaya
               bersemangat untuk menghabiskan  Kad  Bacaan tersebut  untuk mendapat ganjaran setelah
               kad tersebut penuh diisi.

               Kata Kunci: Inovasi, One Day One Page (1D1P), Pendidikan Islam (TASMIK)



               PENGINOVATOR























               VIDEO INOVASI

               Sila imbas QR Code ini                                 Sila tekan link YouTube ini

                                                                      https://youtu.be/6hbqt0mlLks









                                                            2             Inovasi Memangkin Budaya Madani
   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20