Page 16 - KorpusInovasiIlmuKhas2023
P. 16
KORPUS Inovasi Ilmu Khas 2023 (INO-IK2023)
KIT ASTANA
Darshiniy A/P Subramaniam, Nur Nabilla Binti Mohd Hanapi, Nurul Anis Syakirah Binti
Mohamad Zaimi, Iqqbal Ihtisyam Bin Imran, Dr Azman Bin Rahmat
Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu
darshiniy.subramaniam@gmail.com
Abstrak
Inovasi ‘Kit Astana” bertujuan untuk meningkatkan penguasaan murid-murid tahap 2 sekolah
rendah mengenai kata ganti nama diri laras bahasa istana yang dipelajari oleh mereka
berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah
Kebangsaan. Pembelajaran tentang kata ganti nama diri laras bahasa istana dilihat sukar
untuk dikuasai oleh murid-murid memandangkan mereka tidak mengaplikasikannya dalam
komunikasi seharian. Justeru, “Kit Astana” menjadi pendekatan terbaik untuk murid-murid
memiliki pemahaman yang mendalam tentang perbendaharaan kata ganti nama diri dalam
bahasa istana. Kit Astana dapat memperkukuh kefahaman murid-murid dari segi
kemampuan mereka membezakan dan menginterpretasikan kegunaan laras bahasa istana
untuk kata ganti nama diri orang pertama, kedua dan ketiga dengan tepat. “Kit Astana” ini
dibangunkan secara digital berasaskan permainan secara dalam talian. Murid-murid akan
menjawab soalan-soalan dalam aplikasi permainan mengenai kata ganti nama diri laras
bahasa istana. Murid-murid yang menjawab soalan dengan betul akan diberikan markah
manakala jawapan yang salah tidak akan diberikan markah. Usai menjawab soalan, mereka
juga akan dipertontonkan dengan video animasi sebagai penjelasan lanjut dan justifikasi
kepada jawapan. Sebagai penambahbaikan kumpulan kami mewujudkan Kit Astana ini
secara maujud juga supaya murid dari kawasan yang tiada capaian internet dapat
memanfaatkan kit ini. Amalan penyelidikan dalam proses PdP bukan sahaja dapat
membantu perkembangan kognitif murid malah menggilap kreativiti guru seiring dengan
perkembangan semasa.
Kata Kunci: Inovasi, Kit Astana, Bahasa Istana, Gamifikasi
PENGINOVATOR
VIDEO INOVASI
Sila imbas QR Code ini Sila tekan link YouTube ini
https://youtu.be/p0TtRMyQS7Y
3 Inovasi Memangkin Budaya Madani