Page 18 - KorpusInovasiIlmuKhas2023
P. 18
KORPUS Inovasi Ilmu Khas 2023 (INO-IK2023)
KONSEP KLASIFIKASI MORFO
Tharani A/P Esudas, Sri Lia Nafisa Binti Khalid, En Ahmad Faidz Bin Zakaria
Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan
0-18-tharani@epembelajaran.edu.my
Abstrak
Klasifikasi merupakan perkara yang sukar untuk dilaksanakan oleh para murid khususnya
dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Pelaksanaan sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP)
turut menuntut kreativiti para pendidik dalam menyediakan situasi pembelajaran yang menarik
dan bermakna. Pelbagai kekangan yang dihadapi dalam sesi PdP ini antaranya sesi
pengajaran yang kurang menarik menyebabkan murid kurang memberi tumpuan sekaligus
tidak dapat mencapai hasil pembelajaran yang ditetapkan. Pada masa yang sama, tiada
bahan bantu belajar yang menarik dan efektif untuk digunakan dalam sesi PdP. Oleh itu,
inovasi Konsep Klasifikasi Morfo dicipta bagi mengatasi permasalahan yang dihadapi oleh
guru dan murid bagi mencapai objektif pelajaran yang telah ditetapkan. Para murid akan dapat
memahami mengenai isi pelajaran dengan lebih berkesan melalui bahan bantu belajar yang
bersifat maujud seperti inovasi yang dihasilkan. Inovasi yang dihasilkan ini merangkumi topik
kata adjektif yang menuntut murid untuk membezakan aspek yang terdapat dalam kata
adjektif.
Kata Kunci : Klasifikasi , bahasa , kata adjektif
PENGINOVATOR
En Ahmad Faidz Bin Zakaria Tharani A/P Esudas Sri Lia Nafisa Binti Khalid
Pensyarah Akademik Guru Pelatih Guru Pelatih
IPG Kampus Sultan Mizan IPG Kampus Sultan Mizan IPG Kampus Sultan Mizan
VIDEO INOVASI
Sila imbas QR Code ini Sila tekan link You Tube ini:
https://youtu.be/sVy6maGG2gc
5 Inovasi Memangkin Budaya Madani