Page 21 - KorpusInovasiIlmuKhas2023
P. 21
KORPUS Inovasi Ilmu Khas 2023 (INO-IK2023)
TEBUS 5.5.7.9
Azlinda binti Mohd Norudin, Normalili binti Idris, Salwa binti Abd Wahid, Nur Afiqah binti
Zulkafli, Fairul Hassran bin Samsudin
SK Sungai Telor
anie.azlinda@gmail.com
Abstrak
Pendidikan Prasekolah membekalkan pengalaman yang menyeronokkan dan bermakna. Di
sini juga merupakan tapak asas kepada kemahiran membaca, menulis dan mengira. Menerusi
Panitia Bahasa Melayu telah merancang dan menyusun strategi agar semua murid
prasekolah menguasai kemahiran membaca. Kemahiran mengenal huruf merupakan asas
kepada kemahiran membaca. 3 murid prasekolah telah dikenal pasti tidak dapat mengenal
huruf dengan betul. Sebelum ini murid menggunakan kaedah lama dan berpusatkan kepada
guru. Kaedah ini tidak dapat membantu mereka untuk mengenal huruf dengan betul. Tebus
merupakan singkatan daripada tengok, sebut dan tulis manakala 5.5.7.9 adalah 5 huruf vokal
( a, e, I, o dan u ), 5 huruf berekor ( g,j,p,q dan y ), 7 huruf tinggi ( b,d, f, h, k, l dan t ) dan 9
huruf rendah ( c, m, n, r, s, v, w, x dan z ) yang menggunakan Pendekatan Masteri dan Belajar
Melalui Bermain. Objektif inovasi ini adalah untuk membantu murid mengenal huruf dengan
betul. Kigeri diperbuat daripada material Art Card yang dilengkapi dengan alat permainan dan
modul sebagai latihan tubi. Inovasi ini merentas kurikulum yang boleh digunakan dalam
mengajar mata pelajaran Matematik Awal dan Pendidikan Islam. Penggunaan Tebus 5.5.7.9
ini dapat meningkatkan 100% penguasaan murid prasekolah untuk mengenal 26 huruf
dengan betul dan membantu murid membaca dengan mudah.
Kata Kunci: Inovasi, Permainan Tebus 5.5.7.9, Bahasa Melayu
PENGINOVATOR
Azlinda binti Mohd Norudin, Nur Afiqah binti Zulkafli, Normalili binti Idris, Salwa binti Abd
Wahid, Fairul Hassran bin Samsudin
VIDEO INOVASI
Sila imbas QR Code ini Sila tekan link YouTube ini
https://youtu.be/g2tvYK-Vo-I
8 Inovasi Memangkin Budaya Madani