Page 24 - KorpusInovasiIlmuKhas2023
P. 24

KORPUS Inovasi Ilmu Khas 2023 (INO-IK2023)



              KIT BIYAMU – MEMBANTU MURID MEMBACA DAN MEMBINA AYAT MUDAH

              Kalaichelvi A/P Jayamohan
              SJKT Jalan Fletcher, Kuala Lumpur.

              kalaiukm@gmail.com


              Abstrak

              KIT BIYAMU yang dihasilkan ini untuk mengajar murid pemulihan membaca dan membina
              ayat  mudah.  Inovasi  ini  dihasilkan  untuk  mengatasi  masalah  murid  untuk  membina  ayat
              mudah  berdasarkan  gambar  dengan  hanya  memutarkan  perkataan  membentuk  ayat.
              BIYAMU membawa maksud bina ayat mudah. Objektif utama penghasilan kit ini ialah untuk
              membantu  murid  menguasai  kemahiran  membaca  ayat  mudah  dan  membolehkan  murid
              membina  ayat  mudah.  Kajian  ini  dijalankan  bagi  melihat  keberkesanan  penggunaan  KIT
              BIYAMU  dalam  membantu  murid-murid  pemulihan  membaca  dan  membina  ayat  mudah.
              Sampel dalam kajian ini terdiri daripada 12 orang murid pemulihan tahun dua dan tiga yang
              dipilih  di  SJKT  Jalan  Fletcher.  Pemilihan  murid  ini  adalah  daripada  pemerhatian  dan
              pemberian  lembaran  bina  ayat.  Dalam  melaksanakan  kajian  ini,  guru  pemulihan  telah
              menyediakan  lembaran  kerja  bina  ayat  sebagai  analisis  dokumen  untuk  mendapatkan
              keberkesanan penggunanaan KIT BIYAMU. Hasil menunjukkan 12 orang murid menguasai
              Kemahiran 31 iaitu kemahiran pemulihan iaitu membaca dan membina ayat mudah. Pengkaji
              mengumpul  data  melalui  analisis  dokumen  iaitu  lembaran  kerja  murid.  Selepas  bimbingan
              selama  beberapa  minggu  PdPc  dijalankan  dengan  menggunakan  KIT  BIYAMU,  pengkaji
              menggunakan  semula  lembaran  kerja  yang  digunakan  untuk  melihat  penguasaan  murid.
              Hasil analisis data mendapati 12 sampel kajian menunjukkan peningkatan yang positif dalam
              membina ayat mudah.


              Kata Kunci: Inovasi, KIT Biyamu, Pemulihan Khas.

              PENGINOVATOR












                      Kalaichelvi A/P Jayamohan
                           Guru Pemulihan
                 SJKT Jalan Fletcher, Kuala Lumpur




               VIDEO INOVASI

               Sila imbas QR Code ini                                 Sila tekan link YouTube ini

                                                                      https://youtu.be/fgcf2mmorX8










                                                           11             Inovasi Memangkin Budaya Madani
   19   20   21   22   23   24   25   26   27   28   29