Page 27 - KorpusInovasiIlmuKhas2023
P. 27
KORPUS Inovasi Ilmu Khas 2023 (INO-IK2023)
KIGERI
Azlinda binti Mohd Norudin, Khadijah binti Musa, Rohayu binti Abdul Rahim, Nora Natasha
binti Mohd Bari & Anbalagan A/L Devarajah
SK Sungai Telor
anie.azlinda@gmail.com
Abstrak
Pendidikan Rendah merupakan tapak asas kepada kemahiran 3M iaitu membaca, menulis
dan mengira. Menerusi Panitia Matematik telah merancang dan menyusun strategi agar
semua murid menguasai topik pembelajaran sebelum mereka melangkah ke tahun
seterusnya. Fokus utama adalah Tahun satu. 3 murid telah dikenal pasti tidak dapat menjawab
soalan tambah dan tolak dengan betul. Sebelum ini murid menggunakan kaedah mengira jari
/ objek / mencongak. Kaedah ini tidak dapat membantu mereka untuk menjawab soalan
dengan betul. Kigeri adalah singkatan daripada Kit Gerakan Jari yang menggunakan
Pendekatan Masteri dan Belajar Melalaui Bermain. Objektif inovasi ini adalah untuk
membantu murid menjawab soalan operasi tambah dengan betul, cepat dan tepat. Kigeri
diperbuat daripada material Art Card yang dilengkapi dengan alat permainan dan modul
sebagai latihan tubi. Inovasi ini merentas kurikulum yang boleh digunakan dalam mengajar
operasi tolak, mata pelajaran Bahasa Melayu, Sains dan Pendidikan Islam. Penggunaan
Kigeri ini dapat meningkatkan 100% kefahaman murid terhadap konsep asas nombor dan
membantu murid menjawab soalan operasi tambah dengan mudah.
Kata Kunci: Inovasi, Permainan Kigeri, Matematik
PENGINOVATOR
Nora Natasha binti Mohd Bari, Khadijah binti Musa, Rohayu binti Abdul Rahim, Azlinda binti
Mohd Norudin & Anbalagan A/L Devarajah
VIDEO INOVASI
Sila imbas QR Code ini Sila tekan link YouTube ini
https://youtu.be/lLmlt9kXNBw
13 Inovasi Memangkin Budaya Madani