Page 30 - KorpusInovasiIlmuKhas2023
P. 30

KORPUS Inovasi Ilmu Khas 2023 (INO-IK2023)



                PERMAINAN PAPAN KIMIA CHEMIBBLE


                Noorsyahirah binti Mohd Noor.
                SMK Cochrane, Kuala Lumpur


                g-16412378@moe-dl.edu.my

                Abstrak

                Permainan  Papan  Kimia  Chemibble  ialah  satu  permainan  papan  yang  direka  untuk  murid
                sekolah  menengah  yang  mengambil  mata pelajaran  Kimia.  Kertas  Kimia  2  SPM  amat
                menekankan soalan berbentuk definisi. Kebiasaannya murid tidak dapat menghafal definisi
                dengan tepat dan menyebabkan mereka kehilangan markah dengan mudah. Objektif utama
                inovasi  ini  dilaksanakan  adalah  untuk  membantu  murid  mengingat  dan  menghafal  soalan-
                soalan  berbentuk  definisi  dengan  pantas.  Oleh  itu,  Permainan  Papan  Kimia  Chemibble  ini
                direka bentuk  dan  diubah suai  untuk  membolehkan  murid  untuk  meneroka  dan  berhibur
                dengan  belajar  sambil  bermain.  Permainan  Papan  Kimia  Chemibble  ini  juga  merupakan
                sejenis permainan papan yang di adaptasi dan diubahsuai daripada permainan kanak-kanak
                popular iaitu Scrabble. Hasil dariada inovasi ini, murid telah dapat mengingat definisi-definisi
                yang terdapat dalam mata pelajaran kimia dengan baik. Selain itu juga, melalui inovasi ini,
                murid juga semakin berminat dan berasa seronok untuk mempelajari mata pelajaran Kimia.


                Kata Kunci: Inovasi, Permainan Papan Kimia Chemibble, Kimia



                PENGINOVATOR



















                                              Noorsyahirah binti Mohd Noor
                                                       Guru Kimia
                                              SMK Cochrane, Kuala Lumpur



                VIDEO INOVASI

                Sila imbas QR Code ini                                Sila tekan link YouTube ini

                                                                  https://youtu.be/eGGYUBwoE5s












                                                           16             Inovasi Memangkin Budaya Madani
   25   26   27   28   29   30   31   32   33   34   35