Page 32 - KorpusInovasiIlmuKhas2023
P. 32
KORPUS Inovasi Ilmu Khas 2023 (INO-IK2023)
DAM-IT
Zainudin bin Zainal Abidin
SK Bandar Tenggara 1, Bandar Tenggara, Johor
dinhujan69edu@gmail.com
Abstrak
Peredaran darah merupakan salah satu topik yang baru dalam tahun 5. Dalam topik ini,
murid dikehendaki menyatakan bagaimanakah darah merah berfungsi sebagai agen
pengangkutan dalam mengangkut oksigen ke seluruh badan serta mengangkut karbon
dioksida keluar dari anggota badan. Permasalahan timbul apabila terdapat kekeliruan dalam
mengenal pasti komponen udara yang betul dan peranannya ketika melalui salur darah ke
dalam dan keluar dari badan. Murid perlu mengetahui bahawa oksigen akan digunakan oleh
anggota badan. Gas karbon dioksida dihasilkan dan diangkut keluar dari badan
menggunakan darah merah sebagai bahan kumuh. Objektif kajian ini adalah untuk
meningkatkan kemahiran mengenal pasti komponen udara dalam darah merah oleh murid
tahun 5 menggunakan permainan “Dam-iT”. Metodologi yang kami gunakan adalah
mengambil maklumat menggunakan 3 kaedah iaitu ujian pra dan pasca, temu bual serta
rakaman video. Keputusan yang diperolehi sangat memberansangkan apabila ujian pra dan
pasca menunjukkan peningkatan yang positif. Temu bual juga menunjukkan murid berubah
daripada respon yang negetif dan tidak memberi respon kepada respon yang positif.
Rakaman video menunjukkan dengan jelas perubahan yang sangat aktif berlaku kepada
murid menggunakan “DAM-iT” dalam sesi pembelajaran berbanding sebelumnya. Keadaan
ini menjadikan kami sangat mudah dalam memberikan pemahaman konsep kepada murid
tanpa perlu mengulang-ulang mengingatkan mereka tentang konsep penukaran komponen
udara dalam darah. Disamping itu, ia menjadikan pembelajaran lebih menarik serta dapat
mengubah persepsi murid yang sebelum ini menganggap tajuk peredaran darah adalah
topik yang sukar kepada suatu yang menarik, mudah dan menyeronokkan.
Kata Kunci: Inovasi, Dam-IT, Sains
PENGINOVATOR
Zainudin bin Zainal Abidin
Guru Akademik Biasa
SK Bandar Tenggara 1
VIDEO INOVASI
Sila imbas QR Code ini Sila tekan link YouTube ini
https://youtu.be/cUrG8SyoUTs
18 Inovasi Memangkin Budaya Madani