Page 37 - KorpusInovasiIlmuKhas2023
P. 37
KORPUS Inovasi Ilmu Khas 2023 (INO-IK2023)
COPERACTIVE SoHF CARD
Lila Anak Intai & Crystal Gale Anak Marin
SMK Tun Abdul Razak, Sarawak
lilaintai@gmail.com
Abstrak
Inovasi ini untuk memudahkan penyampaian isi kandungan umumnya supaya semua murid
memahami isi kandungan ayat. Coperactive SoHF Card ini merupakan sebuah papan cerita
yang mempunyai ruang dan fungsi untuk murid tunjukkan hasil pembelajaran mereka. Setiap
ruang berwarna mengandungi satu perkataan atau arahan yang menjadi panduan dan
mengikut aras penguasaan murid selari dengan objektif inovasi dicipta iaitu untuk semua
murid terlibat aktif dalam pembelajaran. Ia juga membantu dan memudahkan pengajaran dan
pembelajaran bagi topik papan cerita khasnya dalam mata pelajaran Kesusasteraan Melayu
Komunikatif Tingkatan Enam dan aliran perdana. Selain itu, inovasi ini secara tidak langsung
dapat melibatkan interaksi bersama dan pergerakan motor halus murid-murid. Inovasi ini
dicipta untuk menyelesaikan dua isu utama yang sering menjadi punca murid tidak dapat
menulis papan cerita dengan menerapkan elemen multimedia. Inovasi ini telah digunakan
dalam permainan interaktif yang berperanan sebagai Bahan Bantu Mengajar dan alat untuk
menunjukkan hasil pembelajaran semua aras penguasaan murid. Coperactive SoHF Card
menyelesaikan masalah murid membina papan cerita berdasarkan prinsip multimedia dan
membantu murid menghasilkan papan cerita dengan menerapkan aspek multimedia
menyelesaikan masalah murid membina papan cerita berdasarkan prinsip multimedia dan
membantu murid menghasilkan papan cerita dengan menerapkan aspek multimedia.
Kata Kunci: Inovasi, Coperactive SoHF Card , Kesusasteraan Melayu Komunikatif
PENGINOVATOR
CRYSTAL GALE ANAK MARIN LILA ANAK INTAI
GURU AKADEMIK GURU TINGKATAN ENAM
VIDEO INOVASI
Sila imbas QR Code ini Sila tekan link YouTube ini
https://youtu.be/tp4MdYhRX34
22 Inovasi Memangkin Budaya Madani