Page 42 - KorpusInovasiIlmuKhas2023
P. 42
KORPUS Inovasi Ilmu Khas 2023 (INO-IK2023)
TECH-5D
Mohammad Hazrul Bin Md Jori (Ed.D),
hazruljori@gmail.com
Abstrak
Penyelenggaraan Sistem Transmisi Kenderaan (MTA 3022) merupakan kursus semester 3
peringkat Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dalam Program Teknologi Automotif di Kolej
Vokasional. Kursus ini seharusnya menyediakan pelajar untuk menjadi seorang juruteknik
kenderaan yang trampil dalam membuat pemeriksaan dan pelaporan penyelenggaran sistem
transmisi manual dan juga automatik. Walau bagaimana pun, amalan pembelajaran amali
secara konvesional yang telah dilaksanakan sebelum ini terdapat beberapa kelemahan, di
mana pelajar masih sukar mengingati nama-nama komponen dan juga membuat laporan
pemeriksaan penyelenggaraan dengan betul . Hal ini adalah kerana pengajaran kelas amali
dan pengajaran kelas teori dijalankan secara berasingan. Berdasarkan masalah yang telah
dikenalpasti ini penyelidik telah menggabungkan kelas pengajaran amali dan teori dengan
berdasarkan lima teknik pengajaran iaitu Demonstration, Do, Draw, Deliver, Detect atau
diberi nama sebagai Tech-5D. Tech-5D ini merupakan kaedah pengajaran yang diinovasikan
berdasarkan taksanomi bloom iaitu yang terdiri daripada tiga domain iaitu psikomotor
(kemahiran), kognitif (pengetahuan/kandungan) dan juga afektif (nilai & sikap). objektif inovasi
ini adalah untuk menambahbaik amalan pengajaran amali untuk membantu pelajar
mengenal pasti nama-nama komponen dan membuat laporan pemeriksaan penyelenggaraan
mengikut prosedur kerja yang betul. Inovasi Tech-5D telah memberi impak terhadap amalan
pengajaran di mana pelajar dapat mengenalpasti nama komponen semasa penilaian amali
dan dapat membuat pemeriksaan serta pelaporan dengan baik bagi setiap komponen yang
dinyatakan.
Kata Kunci: Inovasi, Tech-5D, Peyelanggaraan Sistem Transmisi Kenderaan
PENGINOVATOR
Ts.Dr.Mohammad Hazrul Bin Md Jori
Pensyarah Teknologi Automotif
Kolej Vokasional Taiping
34600 Kamunting
Perak
VIDEO INOVASI
Sila imbas QR Code ini Sila tekan link YouTube ini
https://youtu.be/UDnU9nrDzLY
26 Inovasi Memangkin Budaya Madani