Page 43 - KorpusInovasiIlmuKhas2023
P. 43
KORPUS Inovasi Ilmu Khas 2023 (INO-IK2023)
SMARTCOOL 1.0
Nasrul Hakim bin Zakaria
SMK Bera Bandar 32
nasrul2006@yahoo.com
Abstrak
SmartCool 1.0 adalah merupakan satu projek inovasi yang dibangunkan untuk membantu
pelajar memahami prinsip Kitar Penyejukan Asas. Prinsip ini merupakan topik asas yang
perlu di pelajari oleh pelajar Pendidikan Vokasional Menengah Atas (PVMA) yang
mengambil kursus Penyejukan dan Penyamanan Udara. Isu utama adalah pelajar
menghadapi masalah untuk memahami kitaran penyejukan, aliran bahan pendingin dalam
sistem penyamanan udara dan fungsi komponen – komponen utama dalam Kitar
Penyejukan Asas. Oleh itu, SmartCool 1.0 dibangunkan sebagai Alat Bantuan Pengajaran
yang dapat membantu pelajar memahami kitaran penyejukan dan aliran bahan pendingin
dalam sistem penyamanan udara. Ia mengandungi 4 komponen utama iaitu pemampat,
pemeluwap, peranti pemeteran dan penyejat seperti mana penyaman udara sebenar.
SmartCool 1.0 ini dibangunkan dari bahan kitar semula dengan kos minima. Hasil inovasi
mendapati pembelajaran menjadi lebih aktif hasil dari penglibatan pelajar bertanya dan
menjawab soalan. Pelajar juga memberi respons positif melalui parking lot yang disediakan.
Berdasarkan “soal selidik” yang dibuat 100% responden menyatakan skala “Sangat Setuju”
kepada item Penggunaan inovasi SmartCool 1.0 dapat menarik tumpuan saya terhadap
pengajaran guru. 71% menyatakan “Sangat Setuju” kepada item Saya dapat memahami
dengan mudah bagaimana kitar penyejukan beroperasi.
Kata Kunci : Inovasi, SmartCool 1.0, Penyejukan & Penyamanan Udara
PENGINOVATOR
Nasrul Hakim bin Zakaria
Guru Pendidikan Vokasional Menengah Atas
SMK Bera Bandar 32
VIDEO INOVASI
Sila imbas QR Code ini Sila tekan link YouTube ini
https://youtu.be/zcE6Umq7Qw4
27 Inovasi Memangkin Budaya Madani