Page 44 - KorpusInovasiIlmuKhas2023
P. 44
KORPUS Inovasi Ilmu Khas 2023 (INO-IK2023)
JAM JULAT
Nur Asyikin Binti Ab Latif, Ermawaty Bt Marno, Nursheilla Binti Mohd Zain, Nurul Syakila
Binti Md Shakirin, Sharifah Rosaida Binti Sayed Muhamed
Kolej Vokasional Ampangan, Seremban, Negeri Sembilan
syikinlatif@yahoo.com
Abstrak
Penggunaan meter pelbagai merupakan kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh pelajar
jurusan Teknologi Elektrik dan Elektronik. Ini adalah kerana meter pelbagai merupakan alat
pengukuran dan pengujian yang sering digunakan di dalam bidang tersebut bagi mengukur
arus, voltan dan rintangan. Di dalam sesi Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc), meter
pelbagai digunakan hampir ke semua subjek Program Teknologi Elektrik dan Elektronik
semasa menjalankan amali. Namun begitu, berdasarkan pemerhatian yang dijalankan,
didapati pelajar tidak dapat membaca julat dan menentukan nilai setiap sengggatan voltan
arus terus (VAT) dengan baik. Dengan itu, inovasi Jam Julat dibina bagi membantu pelajar
membaca voltan dan menentukan nilai senggatan VAT dengan betul. Inovasi ini dibangunkan
dengan menggunakan model reka bentuk instruksional Model ADDIE (Rosset,1987) sebagai
panduan dalam mengembangkan Jam Julat. Model ini mengandungi 5 fasa iaitu fasa analisis,
fasa reka bentuk, fasa pembangunan, fasa perlaksanaan dan fasa penilaian. Fasa analisis
menggunakan pemerhatian daripada pensyarah ketika PdPc dijalankan untuk mengesahkan
keperluan membangunkan Jam Julat. Fasa reka bentuk dan pembangunan adalah megenai
pembangunan Jam Julat menggunakan Perisian Power Point dan paparan Jam Julat
menggunakan corrugated plastic board dan konduit. Fasa perlaksanaan adalah pensyarah
mengajar pelajar menentukan julat dan senggatan VAT menggunakan kaedah membaca arah
jam. Fasa penilaian menggunakan Ujian Pra dan Pos untuk mendapatkan pencapaian pelajar
setelah menggunakan Jam Julat. Inovasi ini sangat mudah digunakan oleh pensyarah dan
tidak memerlukan kos yang tinggi bagi menghasilkannya. Ianya juga boleh diaplikasikan
dalam pelbagai subjek yang melibatkan penggunaan meter pelbagai seperti subjek Fizik dan
Reka Bentuk Teknologi. Hasil daripada penggunaan inovasi ini di dalam kelas, didapati pelajar
dapat membaca julat dan menetukan nilai senggatan VAT dengan baik. Pensyarah
berpendapat bahawa sesi amali dapat dijalankan dengan lebih lancar kerana pelajar dapat
menentukaan bacaan pada meter pelbagai dengan lebih baik.
Kata Kunci: Inovasi, Jam Julat, Meter Pelbagai
PENGINOVATOR
Nur Asyikin Nursheilla Ermawaty Nurul Syakila Sharifah Rosaida
VIDEO INOVASI
Sila imbas QR Code ini Sila tekan link YouTube ini
https://youtu.be/O0UtMPtIWww
28 Inovasi Memangkin Budaya Madani