Page 46 - KorpusInovasiIlmuKhas2023
P. 46

KORPUS Inovasi Ilmu Khas 2023 (INO-IK2023)



                EASY RULER


                Julie Yogeeta binti Bahardin Khan, Syeharizad binti Shariff Fudin, Shahrina binti Omar,
                Nadiah binti Hamdan & Mohamad Taufiq bin A. Aziz
                SMK Senawang, Seremban, Negeri Sembilan

                julieyogeetabahardinkhan@gmail.com

                Abstrak


                Sains Rumah Tangga (SnRT)merupakan salah satu mata pelajaran elektif yang ditawarkan
                bagi murid tingkatan empat dan tingkatan lima dalam Kurikulum Standard Sekolah Menengah
                (KSSM). Salah satu daripada standard kandungan yang terdapat dalam Dokumen Standard
                Kandungan dan Pentaksiran (DSKP) tingkatan empat ialah mendraf pola rompi atau blaus.
                Di dalam DSKP tersebut ada dinyatakan pada standard pembelajaran 3.2.8 menggunakan
                alatan dan bahan mendraf pola dengan betul. Antara isu atau masalah yang dihadapi murid
                ketika menggunakan peralatan ini adalah terdapat lebih daripada tiga pembaris yang akan
                digunakan, pembaris sedia ada mempunyai senggatan lama iaitu dalam ukuran inci dan sukar
                dibawa  sekirannya  murid  membeli  sendiri  pembaris  tersebut.  Melalui  penyataan  masalah
                tersebut,  maka  terhasilkan  Easy  Ruler  terdiri  hanya  menggunkan  satu  pembaris  yang
                mempunyai sama fungsi penggunaanya dengan tiga pembaris dalam mendraf pola. Pembaris
                lurus, pembaris melengkung dan pembaris melengkung digabungkan menjadi satu pembaris
                sahaja.  Penggunakan  transperant  acrylic  dan  senggatan  ukuran  dalam  unit  metrik  sentimeter
                membuatkan produk inovasi sangat sesuai digunakan untuk mendraf pola. Selain itu Easy Ruler ini
                ringan,  tahan  lasak  dan  mesra  pengguna  berbanding  peralatan  sedia  ada.  Dari  segi  kos,
                sekiranya dibuat dalam kuantiti yangbanyak (mass production), maka kos produk Easy Ruler
                menjadi  rendah  dan  mampu  milik.  Easy  Ruler  akan  menjadi  produk  yang  mempunyai
                permintaan  tinggi  kerana  bukan  sahaja  sekolah  yang  menawarkan  mata  pelajaran  Sains
                Rumah Tangga sahaja boleh menggunakannya, tetapi boleh digunakan oleh Kolej dan IPT
                yang  menawarkan  kursus  tekstil  dan  pakaian  dan  semua  yang  teribat  dalam  industri
                pembuatan  pakaian.  Berdasarkan  hasil  dapatan  analisis  kebolehgunaan  Easy  Ruler  yang
                dilakukan ke atas 36 orang murid tingkatan 4, didapati murid lebih cenderung memilih Easy
                Ruler  berbanding  dengan  pembaris  sedia  ada  di  bengkel  jahitan.  Secara  tidak  langsung,
                Sekolah Menengah Senawang, Seremban akan menjadi pengeluar yang akan memasarkan
                Easy  Ruler.  Selaras  dengan  Transformasi  sekolah  (TS25).  iaitu  sekolah  berupaya
                mengaplikasikan amalan terbaik dalam pembelajaran dan pengajaran (PdP) dalam elemen
                kemenjadian murid dan sekolah berkualiti

                Kata Kunci: Inovasi, Sains Rumah Tangga, easy ruler, mendraf pola, pembaris jahitan



                PENGINOVATOR










               VIDEO INOVASI

               Sila imbas QR Code ini                                    Sila tekan link YouTube ini

                                                                         https://youtu.be/zEaVFCMve9Q



                                                           30             Inovasi Memangkin Budaya Madani
   41   42   43   44   45   46   47   48   49   50   51