Page 50 - KorpusInovasiIlmuKhas2023
P. 50

KORPUS Inovasi Ilmu Khas 2023 (INO-IK2023)



                MEJA BRAILLE 5 IN 1

                Kriztarina Sami Anak Maurice Gurang & Nur Izzah Binti Jamaluddin
                Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas

                g-ipgp21171861@moe-dl.edu.my


                Abstrak



                Kod  Braille  Bahasa  Melayu  (KBBM)  merupakan  satu  subjek  yang  menjadi  mata  pelajaran
                teras  bagi  murid  berkeperluan  pendidikan  khas  (MBPK)  masalah  penglihatan.  KBBM  ini
                merupakan mata pelajaran yang sukar dikuasai murid terutamanya yang melibatkan KBBM
                gred 2. Selain daripada kesukaran dalam mempelajari mata pelajaran ini, satu masalah yang
                sering timbul di sekolah juga adalah kurangnya kemudahan Mesin Braille yang merupakan
                keperluan bagi MBPK masalah penglihatan. Maka, sebagai siswa bakal guru Pendidikan Khas
                Masalah Penglihatan, penghasilan inovasi “Meja Braille 5 in 1” telah dibangunkan bertujuan
                untuk menyelesaikan masalah-masalah tersebut. Objektif inovasi ini adalah membantu murid
                memahami dan mengingati KBBM gred 2 iaitu topik awalan dan partikel serta menjadi satu
                alternatif kepada murid atau sekolah yang kekurangan kemudahan Mesin Braille untuk murid
                tersebut  berlatih  menekan  kekunci  Braille  tanpa  menggunakan  Mesin  Braille.  Inovasi  ini
                menggabungkan 5 perkara termasuklah kekunci braille, sel gergasi, monopoli, lagu dan juga
                permainan  secara  digital.  Kelima-lima  perkara  yang  terkandung  dalam  inovasi  ini
                membolehkan murid untuk bermain sambil belajar, mengetahui bentuk titik-titik sel, bernyanyi
                untuk  menghafal,  mengenalpasti  titik-titik  braille  dan  juga  dapat  memplotkan  braille  pada
                kekunci braille.

                Kata Kunci: Inovasi, Meja Braille 5 IN 1, Pendidikan Khas Masalah Penglihatan, Kod Braille
                Bahasa Melayu



                PENGINOVATOR





                              Kriztarina Sami Anak Maurice Gurang              Nur Izzah Binti Jamaluddin
                                       Siswa Guru                                   Siswa Guru
                                   IPG Kampus Ilmu Khas                         IPG Kampus Ilmu Khas






                VIDEO INOVASI

                Sila imbas QR Code ini                                Sila tekan link You Tube ini

                                                                         https://rb.gy/f5okw















                                                           33             Inovasi Memangkin Budaya Madani
   45   46   47   48   49   50   51   52   53   54   55