Page 51 - KorpusInovasiIlmuKhas2023
P. 51
KORPUS Inovasi Ilmu Khas 2023 (INO-IK2023)
KELEBIHAN BAHAN BANTU MENGAJAR (BBM) BAGI MURID-MURID
MASALAH PENDENGARAN
Tang Chiew Yee
Institut Pendidikann Guru Kampus Ilmu Khas
tang07-1009@epembelajaran.edu.my
Abstrak
Bahasa Melayu merupakan Bahasa Kebangsaan di Malaysia. Tetapi, kebanyakan murid
masalah pendengaran lemah dalam subjek Bahasa Melayu terutamanya mengecam dan
mengeja perkataan walaupun mereka boleh mengisyaratkan perkataan tersebut. Hal ini
demikian kerana, dalam kehidupan seharian murid-murid masalah pendengaran, mereka
tidak banyak menerima bahasa melalui pendengaran lagi-lagipun latihan bertutur merupakan
kunci untuk menguasai bahasa. Dalam kata lain, kekurangan mereka iaitu tidak dapat
mendengar dan sukar bertutur menyebabkan mereka tidak dapat mengecam suku kata dan
cara sebutan suatu perkataan dengan betul. Oleh itu, suatu bahan bantu mengajar (BBM)
dihasilkan untuk membantu murid masalah pendengaran mengecam ejaan dan perkataan
mengikut suku kata dalam Bahasa Melayu. BBM ini lebih sesuai bagi murid tahap satu kerana
berkaitan dengan standard kandungan subjek Bahasa Melayu Suaian Ketidakupayaan
Pendengaran. BBM ini terdiri daripada sekeping papan yang ditampal gambar tubuh badan
manusia berserta ejaan/nama anggota badan yang digariskan mengikut suku kata. Hasilnya,
murid-murid masalah pendengaran boleh belajar perkataan, ejaan dan isyarat nama anggota
tubuh badan secara berkesan dengan bimbingan guru. Selain itu, guru juga boleh
menggunakan BBM ini untuk menekankan sebutan perkataan kepada murid-murid yang
mempunyai sisa pendengaran supaya penguasaan sistem bahasa mereka lebih baik.
Kata Kunci: Inovasi, kelebihan bahan bantu mengajar bagi murid-murid masalah
pendengaran, pendidikan khas
PENGINOVATOR
Cik Tang Chiew Yee
Siswa Guru, IPG Kampus Ilmu Khas
VIDEO INOVASI
Sila imbas QR Code atau tekan link YouTube.
https://www.youtube.com/watch?v=YwdJn859e-4
34 Inovasi Memangkin Budaya Madani