Page 53 - KorpusInovasiIlmuKhas2023
P. 53

KORPUS Inovasi Ilmu Khas 2023 (INO-IK2023)



                MORALITY BOX


                Fatin Erlyssa binti Ezanuddin, Amyza Nyirong Anak Karim, Nur Adlin Nabilah binti Din, Nurul
                Faqihah binti Rosli & Hairul Faiezi bin Lokman (Ph.D)
                Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas

                fatin07-1013@epembelajaran.edu.my

                Abstrak


                Pendidikan Moral merupakan salah satu subjek wajib bagi murid bukan beragama Islam yang
                mengandungi beberapa nilai murni yang perlu diterapkan dalam kehidupan seharian. Akan
                tetapi,  para  guru  Pendidikan  Moral  berhadapan  dengan  isu  kekurangan  bahan  bantu
                mengajar (BBM) dan isu penggunaan kelas bagi memenuhi keperluan murid dalam subjek ini.
                Tambahan  lagi,  Pendidikan  Moral  bagi  Murid  Berkeperluan  Pendidikan  Khas  (MBPK)
                memerlukan pendekatan dan kaedah yang berbeza mengikut keperluan MBPK tersebut. Hal
                ini  yang  demikian  itu,  objektif  inovasi  ini  dibangunkan  adalah  untuk  meningkatkan
                perkembangan  kognitif  murid  melalui  pembelajaran  untuk  memahami  nilai-nilai  Pendidikan
                Moral serta meningkatkan mutu pengajaran guru. Ianya juga dapat mengatasi isu BBM yang
                sangat  diperlukan.  Oleh  yang  demikian  itu,  Morality  Box  adalah  merupakan  idea  yang
                menggabungkan  beberapa  BBM  bagi  subjek  Pendidikan  Moral  untuk  memudahkan  guru
                Pendidikan Moral dalam melaksanakan sesi pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) di dalam
                kelas.  Antara  BBM  yang  terdapat  dalam  Morality  Box  ialah  Together  Flip  the  Flag,  Album
                Dimensi  Moral,  Kotak  MBPK  X  Moral  dan  Set  Mini  Televisyen.  Semua  BBM  ini  dapat
                memberikan impak yang positif kepada murid untuk lebih bersemangat dalam mengetahui,
                mengingati serta mengaitkan 14 nilai universal Pendidikan Moral dalam kehidupan seharian
                dengan mudah. Dengan itu, guru dapat meningkatkan kefahaman serta motivasi murid untuk
                terus belajar dan kekal fokus semasa kelas subjek Pendidikan Moral. Selain itu, guru juga
                dapat  menerapkan  elemen  dimensi  moral  yang  merangkumi  penaakulan,  perasaan  dan
                perlakuan moral dalam kehidupan seharian murid. Dari sudut impak positif terhadap guru pula,
                guru dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran yang menarik melalui  setiap  BBM seperti
                menerapkan kaedah bermain sambil  belajar yang  seterusnya dapat meningkatkan prestasi
                murid  baik  di  dalam  kelas  mahupun  di  luar  kelas.  Justeru,  inovasi  Morality  Box  ini  dapat
                memberikan impak yang menyeluruh kepada kedua-dua pihak yang merangkumi guru dan
                murid.

                Kata Kunci: Inovasi, Morality Box, Pendidikan Moral



                PENGINOVATOR











                VIDEO INOVASI

                Sila imbas QR Code ini                                Sila tekan link You Tube ini


                                                                         https://rb.gy/3065u





                                                           36             Inovasi Memangkin Budaya Madani
   48   49   50   51   52   53   54   55   56   57   58