Page 55 - KorpusInovasiIlmuKhas2023
P. 55
KORPUS Inovasi Ilmu Khas 2023 (INO-IK2023)
e-MODUL CELIK KRAF
Zaharah binti Mohamad, Hairul Faiezi bin Lokman (Ph.D), Hjh. Azlina binti Hj. Abdul Rani
& Nor Azizah binti Atan
Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas
zaharah@ipgkik.edu.my
Abstrak
e-Modul Celik Kraf (e-MCK) adalah bagi meningkatkan kemahiran membuat kraf doh
berbantukan kit inovasi dan QR-Code yang mudah dan praktikal berasaskan Pendidikan
Inklusif. e-MCK dilaksanakan semasa pendamik covid -19 bagi membantu kanak-kanak,
orang dewasa dan Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBK) dalam menghasilkan produk
kraf dengan lebih inovatif dan berkesan. Ini seiring dengan Revolusi Industri 4.0 yang rancak
berlaku di seluruh dunia memerlukan semua pihak bertindak pantas seiring dengan
pembangunan pesat dalam produk berteknologi lebih pintar. Semasa dunia dilanda pendamik
covid 19, e-MCK telah dilaksanakan dalam Bengkel Artability yang menggunakan platform
youtube. Bengkel ini mendapat respon dan tontonan yang tinggi. Keunikan idea bagi produk
inovasi e-MCK ini merangkumi sebuah modul dalam bentuk kit dan QR-Code. e-MCK sangat
mesra pengguna, kos yang murah, ringkas dan mudah didapati di rumah. Modul ini sangat
afektif dapat digunakan oleh sesiapapun dan praktikal digunakan oleh semua peringkat
masyarakat. Hasil dari pelaksanaan inovasi ini, kemahiran pembuatan kraf doh telah dapat
dikembangkan dengan jayanya. Ia dapat menyumbangkan aktiviti bagi masyarakat yang
terpaksa berada di rumah. Dengan adanya norma baharu, e-MCK dapat dimanfaatkan
secara optimum.
Kata Kunci: Inovasi, e-Modul Celik kraf, Pendidikan Inklusif
PENGINOVATOR
Zaharah bt Mohamad Dr. Hairul Faiezi b Lokman Hjh. Azlina bt Hj. Abdul Rani Nor Azizah bt Atan
Jabatan PSV Jabatan PPK Jabatan PSV Jabatan PSV
VIDEO INOVASI
Sila imbas QR Code ini Sila tekan link YouTube ini
https://youtu.be/iBtXAi6xvt0?si=Tu9Tv1wtp1_lG14K
38 Inovasi Memangkin Budaya Madani